Saturday, December 19, 2009
Tahun Baru, Azam Pun Baru
Wednesday, December 2, 2009
Menghormati Ibu Bapa.
Assalamualaikum.
Menghormati ibu bapa adalah wajib bagi seorang anak. Malah syurga bagi seorang anak adalah terletak dibawah telapak kaki ibunya. Oleh kerana itu berusahalah untuk mengembirakan kedua ibu bapa supaya restunya sentiasa mengiringi perjalanan hidup kita
Beberapa perkara yang perlu kita lakukan untuk mengembirakan kedua Ibu bapa kita ialah :-
1. Patuhi cakap dan arahannya kerana tiada ibu bapa yang ingin melihat anaknya susah dan menjadi tidak baik. Apa yang mereka arahkan adalah semata-mata untuk kebaikan anak-anak mereka.
2. Bersalam, cium tangan ibu-bapa dan peluk mereka setiap kali hendak meninggalkan mereka. Dengan berpelukan akan mengaktif naluri keibubapaan mereka dan naluri ihsan mereka, membuatkan mereka teringat saat-saat sukar anak tersebut. Secara tak langsung mereka akan berdoa untuk kesejahteraan anaknya.
3. Jika berada berjauhan selalulah menghubungi mereka bertanyakan khabar, biarlah sekerap munkin kerana ibu bapa sangat gembira bila mendapat berita dari anaknya dan amat berasa susah hati jika tiada sebarang berita dari anaknya yang jauh, walau pun mereka tidak menzahirkannya melalui perkataan dan riak muka.
4. Sekali sekala belikan buah tangan untuk mereka, walaupun harganya tidak seberapa namun bukan harga itu yang menjadi ukuran, tetapi ingatan kita itulah yang membuatkan mereka gembira.
5. Apabila ada sesuatu perkara yang dihajati, contohnya untuk menghadapi pepereksaan, untuk menghadapi temuduga, malah untuk mendapatkan apa juga yang kita hajati, mintalah restu dan ,sebelum itu mohonlah maaf dari mereka.
6. Apabila mereka sakit rawatlah dengan ikhlas, jangan sesekali berdengki2 antara adik beradik, kerana tanggung jawab kita terletak ditangan kita. Siapa diantara anak2 yang paling ikhlas dan bertanggung jawab merawat mereka, maka dialah yang akan mendapat ganjaran paling banyak diakhirat kelak.
Sekian wassalam.
Monday, November 30, 2009
Tujuh Tanda Takut Kepada ALLAH
Assalamualaikum.
Orang Mukmin adalah orang yang takut kepada Allah SWT dan seluruh anggota badannya.
Abul-Laits telah berkata, tanda2 takut kepada Allah itu kelihatan dalam tujuh perkara:-
1. Pada Lisannya - maka hindarkanlah diri dari berdusta, menyebar fitnah, mengumpat, berbual kosong, banyak bercakap yang tidak berkenaan dengan agama.
2. Pada Hatinya - Buangkanlah perasaan dengki, hasad, rasa permusuhan, kebodohan dan bersangka buruk kepada sesama sahabat dan orang lain.
3. Pada Pandangannya - Hindarkanlah mata dari memandang perkara yang haram, perkara yang boleh manikkan syahwat, makanan dan minuman yang boleh memudaratkan lagi haram, pakaian dan perhiasan yang boleh menimbulkan keingin untuk membelinya dan akan memudaratkan iman bila memakainya seperti timbul rasa riak kerana kecantikan dan harganya yang mahal.
4. Pada Perutnya - Menjaga perut supaya tidak diisi dengan makanan yang subahat lagi haram, dan tidak makan terlalu kenyang.
5. Pada Tangannya - Tidak menggunakan tangan untuk perkara yang haram sebaliknya menggunakannya untuk taat kepada Allah.
6. Pada Langkah kakinya - Menjaga kaki supaya tidak di gunakan untuk melangkah kearah melakukan maksiat, sebaliknya hanya melangkah untuk taat kepada Allah, mencari keredhaannya serta untuk bergaul dengan orang yang taat dan soleh.
7. Pada Ketaatannya - Jadikanlah ketaatan itu semata-mata untuk mencari keradhaan Allah bukan untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk. Takutlah pada riak dan munafik.
Seharusnya seorang mukmin harus berada diantara rasa takut dan berharap dan harus sentiasa mengharap rahmat Allah. Tidak berputus asa mengharapkannya. Sebagaimana firman Allah dalam surah Asy Syura ayat 28 :-
" Janganlah engkau berputus asa terhadap rahmat Allah "
Sumber- Penenang JIwa, Pengubatan dan Rawatan oleh Imam Al-Ghazali.
sekian, Wassalam.
Tuesday, November 17, 2009
Isteri Solehah
Assalamualaikum.
Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah.
Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya .
Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.
Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:
1.Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdak melanggar perintah Allah.
2.Bersikap malu terhadap suami.
3.Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara.
4.Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.
5.Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.
6.Memakai wangi-wangian di hadapan suami.
7.Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.
8.Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.
9.Sentiasa menghormati keluarga suami .
10.Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.
11.Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.
12.Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.
Menjadi suri rumah adalah impian setiap wanita yang telah cukup umur dan untuk menjadi seorang suri rumah sepenuh masa yang berwibawa mereka harus melakukan kerja-kerja yang melibatkan pengurusan, kesetiausahaan, pendidikan dan asuhan.
Mereka perlu pandai merancang, mengatur, menyusun dan melakukan kerja-kerja besar hinggalah yang remeh-temeh dalam lingkungan tempat kerja. Di "tempat kerja", merekalah bos, merekalah kulinya.
Mereka bekerja tanpa cuti dan tapa mengharapkan upah. Jauh sekali menuntut bonus tahunan atau menagih pengiktirafan. Segalanya dilakukan demi sebuah tanggungjawab membina syurga idaman.
Itulah peranan sekilas isteri-isteri yang menjadi SURI RUMAH sepenuh masa. Satu tugas berat yang bermula sebaik-baik sahaja rumah tangga mula didirikan.
Ia memerlukan persediaan jiwa, ilmu dan kemahiran lebih awal sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Dan cabarannya tentulah semkin sukar dan hebat apabila anggota keluarga makin bertambah dan keluarga semakin besar.
Wallahualam
Copy paste dari email.
Sekian, Wassalam
Monday, November 9, 2009
Berhati-hati Dengan Taalik/Taklik.
Assalamualaikum,
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi, begitulah akibatnya kalau kita sengaja mempermain-mainkan taklik atau taalik. Taklik bermaksud perjanjian sama ada perkahwinan, atau penceraian yang kebiasaannya dilafazkan oleh suami malah oleh isteri juga dan dipersetujui oleh pasangan.
Ada suami yang dengan sengaja melafazkan taklik kepada isterinya, contohnya, "Sayang jangan keluar rumah hari ini yee kalau sayang keluar juga jatuh talak satu." Dan isteri pun menjawab, "Iyalah bang." Perkataan ini walaupun bunyinya seperti gurauan tetapi sangat merbahaya jika si suami melafazkannya dengan niat.
Kejadian yang terjadi kepada seorang sahabat seminggu yang lepas memanggil saya menulis tajuk ini. sahabat tersebut sering memberitahu saya dia sangat sayangkan isterinya, malah semua orang tahu mereka loving couple, kesana kesini berduaan, maklumlah mereka tiada anak.
Hendak dijadikan cerita sahabat ini mendapat satu perkerjaan yang menghendakinya bekerjasama dengan seorang wanita. Fenomena ini menimbulkan rasa cemburu dihati sang isteri. Lalu tanpa pengetahuan sahabat sang isteri membuat intipan ditempat kerja sahabat. malangnya waktu itu memang sahabat sedang bertungkus lumus bekerja dengan wanaita tersebut. Apa lagi isteri yang dilanda cemburu mulalah buat hal sehingga memalukan sahabat.
Sampai dirumah malam itu sahabat menasihati isterinya supaya jangan mengulangi apa yang dibuatnya siang tadi kerana tuduhan isteri tidak berasas. Setelah berbincang iateri setuju tidak mengulangi lagi perbuatan siang tadi.
Sahabat yang rasa tidak puas hati dan untuk menakut-nakutkan isterinya mentaalik isterinya dengan berkata, " Ok sayang, sayang dah berjanji tidak akan mengulangi lagi datang ketempat kerja abang. Tapi kalau sayang datang juga dan buat kecoh macam siang tadi jatuh talak tiga, bercerai kita. Setuju?" Si isteri tanpa berfikir panjang menjawab," Setuju"
Siang esoknya sahabat pergi bekerja macam biasa tanpa memikirkan apa yang telah terjadi malam tadi. Sebaliknya dirumah si isteri tidak senang duduk, perasaan cemburu terhadap suami semakin menjadi-jadi. Tidak mampu rasanya hendak berdiam diri atau menunggu sehingga suami pulang dari kerja untuk mendapatkan kepastian dari mulut sahabat sendiri.
Akhirnya siisteri terlupa perjanjian yang dibuat malam tadi antara dia dan sahabat. Tanpa berlengah dia pergi ketempat kerja sahabat dan terus memarahi sahabat dam membuat kecoh ditempat kerja sahabat. Sahabat yang teringat perjanjian malam tadi hanya mampu beristighfar panjang sambil menyabarkan diri sendiri.
Apabila telah reda marah si isteri sahabat memberitahu isterinya bahawa antara mereka telah tertalak, bukan satu, bukan dua malah tiga. Isteri yang baru tersedar meraung sekuat hati. Namun apa lagi yang boleh dilakukan, nasi betul-betul sudah menjadi bubur.
Apabila mereka ke pejabat Kadi, mereka disahkan telah bercerai talak tiga.
Demikianlah sebagai iktibar untuk kita semua, janganlah semudahnya membuat perjanjian sedemikian. Ini akan mengakibatkan kita menyesal yang tidak berkesudahan, Dan yang paling menyedihkan anak-anak akan menjadi mangsanya.
Sekian, Wassalam
Wednesday, November 4, 2009
Pengertian Tentang Rezki
Assalamualaikum,
" Ya Allah, murahkanlah rezki ku." inilah diantara doa yang yang sering kita panjatkan setiap kali lepas sembahayang. Lima waktu sehari kita memanjatkan doa tersebut, namun tidak nampak juga gaya-gayanya kita nak jadi kaya.
Jangan lekas putus asa, Allah itu maha pemurah dan maha pengabul setiap doa kita. Sebenanya walaupun setelah berdoa kita tidak juga menjadi kaya atau pun dikurniakan duit berlonggok-longgok itu tidak bermakna Allah tidak memberikan kita rezkiNya yang kita pohonkan.
Sebenarnya pengertian rezki ini amat luas bukan sekadar tertumpu kepada wang ringgit atau harta benda seperti yang kita inginkan.
Diantara contohnya, kita mendapat gaji yang sama setiap bulan sejak beberapa tahun yang lalu. Kalau sebelumnya gaji yang didapati tersebut tidak mencukupi untuk perbelanjaan bulanan justru kita merasakan kehidupan kita amat terhimpit,tetapi sejak kebelakangan ini kita berjaya menguruskan gaji kita dengan lebih sempurna, cukup untuk perbelanjaan kita tanpa melibatkan hutang piutang seperti sebelumnya, malah dapat pula kita mengenepikan sebahagiannya untuk membayar hutang, itu pun dinamakan rezki.
Kita dikurniakan anak yang cemerlang, anak yang soleh dan solehah, isteri dan suami yang baik, jiran2 yang baik, bertimbangrasa dan bertanggung jawab, itu pun dinamakan rezki.
Seterusnya dipermudahkanNya segala urusan seharian kita, tanpa kita perlu berdepan dengan pelbagai masaalah yang melibatkan kita perlu mengeluarkan wang, atau memerlukan kita menghabiskan banyak masa untuk menguruskannya, itu juga adalah diantara rezki yang Allah limpahan kepada kita.
Memiliki tubuh yang sihat, akal yang sempurna, tenaga yang kuat, itu juga adalah rezki yang kita sering mohonkan kepasa Allah SWT.
Dikurniakannya harta yang bertimbun, duit yang berjuta, kadang-kadang tidak boleh kita anggap itu sebagai rezki bilamana kita menggunakannya kejalan yang tidak di redhai Allah, sebaliknya itu dikira sebagai musibah kerana harta yang bertimbun itulah yang akan membuatkan kita lalai dari bersyukur kepada Allah.
Dari itu janganlah kita terus mengeluh, merasa hampa bila kita memohon dimurahkan rezki namum Allah tidak mengurniakan kita duit dan harta, sebaliknya renunglah diri kita, keadaan kita, keluarga kita, persekitaran kita, adakah ianya bertambah baik, apabila ianya bertambah baik itu tandanya Allah telah memberikan rezkinya kepada kita.
Wallah hu Allam.
Sekian wassalam.
Saturday, October 31, 2009
Mengapa Kita Suka Mengumpat
Rasulullah SAW bersabda, " Jangan kalian bergibah ( mengumpat ), didalamnya ada tiga keburukan, pertama doanya tidak dikabulkan, kedua kebaikannya tidak diterima, ketiga akan ditimpakan padanya keburukan orang yang diumpatnya.
Mengumpat ialah mencela atau memperkatakan keburukan orang lain, atau perkataan yang boleh menyinggung perasaan orang lain baik kepada perkara yang benar apa lagi perkara yang tidak benar.
Dalam kehidupan kita seharian ini kita tidak dapat lari dari perbuatan mengumpat, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, secara langsung atau tidak langsung, secara sedar atau secara tidak sedar.
Dimana-mana pun perbuatan mengumpat ini tetap terjadi baik dirumah, ditempat orang kawin,dipejabat dan dimana mana saja selagi kita ada lawan untuk berbicara. Mengapa kita suka mengumpat.
Kadang-kadang kita mengumpat ini secara tidak sengaja, bagi kita sekadar mengatakan, " Eh Siti, tadi aku jumpa Hani, bukan main lagi dia. pakai baju ketat betul, tak sesuai langsung dengan badan dia yang gempal tu," bagi kita perkataan ini sekadar untuk memberi gambaran tentang keadaan Hani pada hari itu, tapi sebenarnya kata-kata ini sudah termasuk dalam katogeri mengumpat. Memang susah.
Ada setengahnya tu sekadar ingin melahirkan rasa tidak puas hati, contohnya, " Rendang kat majlis kawin anak En Ali tadi pedas betul yee bang,". Namun semua ini adalah termasuk dalam perbuatan mengumpat.
Di rawikan bahawa perempuan pendek datang kepada Rasulullah SAW untuk satu keperluan. Setelah dia keluar, Aisyah berkata, "Wah pendeknya dia." Segera Rasulullah SAW berkata, "Engkau telah mengumpat wahai Aisyah.".
Dosa orang yang mengumpat tidak akan terhapus dengan bertaubat, sebaliknya hendaklah dimohon maaf kepada orang yang diumpatnya itu. Lalu bagaimana kalau orang yang kita umpat itu bukan kenalan kita, atau tinggal jauh dengan kita, sanggupkah kita pergi menghadapnya dan menyatakan kepadanya kita telah mengumpatnya seterusnya memohon maaf daripadanya.
Rasulullah SAW bersabda," Seorang berzina lalu bertaubat, Allah menerima taubatnya. Sedangkan orang ghibah ( mengumpat ) belum diampuni kecuali dimaafkan oleh yang diumpat."
Dari itu jauhilah perbuatan mengumpat dengan tidak berkata-kata kepada perkara yang tidak memberi manafaat kepada diri kita dan juga orang lain, dan segeralah menegur atau menjauhi orang-orang yang sedang memperkatakan orang lain atau yang sedang mengumpat.Berdiam diri itu adalah lebih baik dari berkata-kata yang tidak bermanafaat.
Sekian, wassalam.