Monday, November 9, 2009

Berhati-hati Dengan Taalik/Taklik.

Assalamualaikum,

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi, begitulah akibatnya kalau kita sengaja mempermain-mainkan taklik atau taalik. Taklik bermaksud perjanjian sama ada perkahwinan, atau penceraian yang kebiasaannya dilafazkan oleh suami malah oleh isteri juga dan dipersetujui oleh pasangan. 


Ada suami yang dengan sengaja melafazkan taklik kepada isterinya, contohnya, "Sayang jangan keluar rumah hari ini yee kalau sayang keluar juga jatuh talak satu." Dan isteri pun menjawab, "Iyalah bang." Perkataan ini walaupun bunyinya seperti gurauan tetapi sangat merbahaya jika si suami melafazkannya dengan niat.


Kejadian yang terjadi kepada seorang sahabat seminggu yang lepas memanggil saya menulis tajuk ini. sahabat tersebut sering memberitahu saya dia sangat sayangkan isterinya, malah semua orang tahu mereka loving couple, kesana kesini berduaan, maklumlah mereka tiada anak.


Hendak dijadikan cerita sahabat ini mendapat satu perkerjaan yang menghendakinya bekerjasama dengan seorang wanita. Fenomena ini menimbulkan rasa cemburu dihati sang isteri. Lalu tanpa pengetahuan sahabat sang isteri membuat intipan ditempat kerja sahabat. malangnya waktu itu memang sahabat sedang bertungkus lumus bekerja dengan wanaita tersebut. Apa lagi isteri yang dilanda cemburu mulalah buat hal sehingga memalukan sahabat.


Sampai dirumah malam itu sahabat menasihati isterinya supaya jangan mengulangi apa yang dibuatnya siang tadi kerana tuduhan isteri tidak berasas. Setelah berbincang iateri setuju tidak mengulangi lagi perbuatan siang tadi.


Sahabat yang rasa tidak puas hati dan untuk menakut-nakutkan isterinya mentaalik isterinya dengan berkata, " Ok sayang, sayang dah berjanji tidak akan mengulangi lagi datang ketempat kerja abang. Tapi kalau sayang datang juga dan buat kecoh macam siang tadi jatuh talak tiga, bercerai kita. Setuju?" Si isteri tanpa berfikir panjang menjawab," Setuju"


Siang esoknya sahabat pergi bekerja macam biasa tanpa memikirkan apa yang telah terjadi malam tadi. Sebaliknya dirumah si isteri tidak senang duduk, perasaan cemburu terhadap suami semakin menjadi-jadi. Tidak mampu rasanya hendak berdiam diri atau menunggu sehingga suami pulang dari kerja untuk mendapatkan kepastian dari mulut sahabat sendiri.


Akhirnya siisteri terlupa perjanjian yang dibuat malam tadi antara dia dan sahabat. Tanpa berlengah dia pergi ketempat kerja sahabat dan terus memarahi sahabat dam membuat kecoh ditempat kerja sahabat. Sahabat yang teringat perjanjian malam tadi hanya mampu beristighfar panjang sambil menyabarkan diri sendiri.


Apabila telah reda marah si isteri sahabat memberitahu isterinya bahawa antara mereka telah tertalak, bukan satu, bukan dua malah tiga. Isteri yang baru tersedar meraung sekuat hati. Namun apa lagi yang boleh dilakukan, nasi betul-betul sudah menjadi bubur.


Apabila mereka ke pejabat Kadi, mereka disahkan telah bercerai talak tiga.


Demikianlah sebagai iktibar untuk kita semua, janganlah semudahnya membuat perjanjian sedemikian. Ini akan mengakibatkan kita menyesal yang tidak berkesudahan, Dan yang paling menyedihkan anak-anak akan menjadi mangsanya.

Sekian, Wassalam


5 comments:

mamamin said...

salam ..

hurmm.. ni nama nye kerana mulut badan binasa..lebih2 lagi bila berlakunya sebutan dengan niat kan asma..

hurmm.. nak suruh puteri2 dan putera saya baca ni.. saya nak copy paste dan send email pada mereka.. boleh ye asma!!!

terima kasih berkongsi info

Teratak Murniku said...

W,sallam mamamin, yee lah, kerana mulutlah selalunya badan akan binasa....

Silakanlah mamamin kalau nak copy apa2 pun yang dirasakan berfaedah, memang niat saya nak dikongsikan dengan sesiapa aja yang sudi.

~aSHa~ said...

erkkkk....ye ye taklik ni mmg bahaya...uhuhuhu sy pun ada cite disebalik taklik..tapi tak leh dicerita umum..semoga menjadi pengajaran....semasa marah2...jgn la ckp bukan2 kan..jgn la janji mcm2 kan....

relevan said...

Salam aSma..
Perkara yang tak boleh dibuat main main ni..ingkar kepada perjanjian..

Berat bagi lelaki ni..

Teratak Murniku said...

assalamualaikum,

Asha, berhati-hatlah jangan tersalah cakap, darah muda jangan diikut...

* En, relevan, lelaki dan perempuan sama2 beratnya, lebih2 lagi pada anak2...