Assalamualaikum,
" Ya Allah, murahkanlah rezki ku." inilah diantara doa yang yang sering kita panjatkan setiap kali lepas sembahayang. Lima waktu sehari kita memanjatkan doa tersebut, namun tidak nampak juga gaya-gayanya kita nak jadi kaya.
Jangan lekas putus asa, Allah itu maha pemurah dan maha pengabul setiap doa kita. Sebenanya walaupun setelah berdoa kita tidak juga menjadi kaya atau pun dikurniakan duit berlonggok-longgok itu tidak bermakna Allah tidak memberikan kita rezkiNya yang kita pohonkan.
Sebenarnya pengertian rezki ini amat luas bukan sekadar tertumpu kepada wang ringgit atau harta benda seperti yang kita inginkan.
Diantara contohnya, kita mendapat gaji yang sama setiap bulan sejak beberapa tahun yang lalu. Kalau sebelumnya gaji yang didapati tersebut tidak mencukupi untuk perbelanjaan bulanan justru kita merasakan kehidupan kita amat terhimpit,tetapi sejak kebelakangan ini kita berjaya menguruskan gaji kita dengan lebih sempurna, cukup untuk perbelanjaan kita tanpa melibatkan hutang piutang seperti sebelumnya, malah dapat pula kita mengenepikan sebahagiannya untuk membayar hutang, itu pun dinamakan rezki.
Kita dikurniakan anak yang cemerlang, anak yang soleh dan solehah, isteri dan suami yang baik, jiran2 yang baik, bertimbangrasa dan bertanggung jawab, itu pun dinamakan rezki.
Seterusnya dipermudahkanNya segala urusan seharian kita, tanpa kita perlu berdepan dengan pelbagai masaalah yang melibatkan kita perlu mengeluarkan wang, atau memerlukan kita menghabiskan banyak masa untuk menguruskannya, itu juga adalah diantara rezki yang Allah limpahan kepada kita.
Memiliki tubuh yang sihat, akal yang sempurna, tenaga yang kuat, itu juga adalah rezki yang kita sering mohonkan kepasa Allah SWT.
Dikurniakannya harta yang bertimbun, duit yang berjuta, kadang-kadang tidak boleh kita anggap itu sebagai rezki bilamana kita menggunakannya kejalan yang tidak di redhai Allah, sebaliknya itu dikira sebagai musibah kerana harta yang bertimbun itulah yang akan membuatkan kita lalai dari bersyukur kepada Allah.
Dari itu janganlah kita terus mengeluh, merasa hampa bila kita memohon dimurahkan rezki namum Allah tidak mengurniakan kita duit dan harta, sebaliknya renunglah diri kita, keadaan kita, keluarga kita, persekitaran kita, adakah ianya bertambah baik, apabila ianya bertambah baik itu tandanya Allah telah memberikan rezkinya kepada kita.
Wallah hu Allam.
Sekian wassalam.
3 comments:
assalamualaikum wbt..
Asma,
terima kasih berkongsi info, Syukur alhamdulillah dengan rezki yang diterima, setiap ikhlas dan sabar itu, insyaAllah akan digandakan NYA..
amin~~~
Salam Asma..
bersyukur dengan nikmat rezeki ni..selalu mengisafi diri muhasabah diri..dari mana kita mendapat rezeki..
Wang berjuta tanpa mengingatiNya hidup kan tiada makna..
Walaikumsallam wbt.
* mamamin, sama-sama, kadang-kadang kita lupa perkara yang kecil2 macam ni.
* En, Relevan,sewajibnya kita bersyukur, dengan bersyukur walau sekecil mana pun rezki yang kita terima kita akan merasa ianya terlalu besar.
Post a Comment