Monday, November 30, 2009

Tujuh Tanda Takut Kepada ALLAH

Assalamualaikum.

Orang Mukmin adalah orang yang takut kepada Allah SWT dan seluruh anggota badannya.

Abul-Laits telah berkata, tanda2 takut kepada Allah itu kelihatan dalam tujuh perkara:-


1. Pada Lisannya -  maka hindarkanlah diri dari berdusta, menyebar fitnah, mengumpat, berbual kosong, banyak bercakap yang tidak berkenaan dengan agama.


2. Pada Hatinya - Buangkanlah perasaan dengki, hasad, rasa permusuhan, kebodohan dan bersangka buruk kepada sesama sahabat dan orang lain.


3. Pada Pandangannya - Hindarkanlah mata dari memandang perkara yang haram, perkara yang boleh manikkan syahwat, makanan dan minuman yang boleh memudaratkan lagi haram, pakaian dan perhiasan yang boleh menimbulkan keingin untuk membelinya dan akan memudaratkan iman bila memakainya seperti timbul rasa riak kerana kecantikan dan harganya yang mahal.


4. Pada Perutnya - Menjaga perut supaya tidak diisi dengan makanan yang subahat lagi haram, dan tidak makan terlalu kenyang.


5. Pada Tangannya - Tidak menggunakan tangan untuk perkara yang haram sebaliknya menggunakannya untuk taat kepada Allah.


6. Pada Langkah kakinya - Menjaga kaki supaya tidak di gunakan untuk melangkah kearah melakukan maksiat, sebaliknya hanya melangkah untuk taat kepada Allah, mencari keredhaannya serta untuk bergaul dengan orang yang taat dan soleh.


7. Pada Ketaatannya - Jadikanlah ketaatan itu semata-mata untuk mencari keradhaan Allah bukan untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk. Takutlah pada riak dan munafik.


Seharusnya seorang mukmin harus berada diantara rasa takut dan berharap dan harus sentiasa mengharap rahmat Allah. Tidak berputus asa mengharapkannya. Sebagaimana firman Allah dalam surah Asy Syura ayat 28 :-


" Janganlah engkau berputus asa terhadap rahmat Allah " 


Sumber- Penenang JIwa, Pengubatan dan Rawatan oleh Imam Al-Ghazali.


sekian, Wassalam.

7 comments:

Relevan said...

Musykil dengan umat2 sekarang ni Asma..ramai yang tak takut kepada Allah..segala laranganNya habis dilanggar..

~aSHa~ said...

ehehehe sy ni pun takut....takut2 tapi langar gak larangan2 tu..adehh bila la sy nak insap betul2 ni...doakan sy ye

Asma said...

Assalamualaikum,

En relevan, aSHa, memang susah nak berubah menjadi baik ni tapi kenalah kita mencuba, dan terus mencuba..insyaAllah lama kelamaan akan menjadilah...

mamamin said...

salam asma,
yang paling penting, kita tahu membezakan yang mana baik, yang mane tidak, untuk menjadi cukup sempurna tu hanya Allah sahaja yang boleh mengadilinya..

Asma said...

W,salam, betul kata mamamin tu, bukan susah sangat nak membezakan mana yang baik, mana yang tak baik tu..nak dengan tak nak aja...

Ahmad Muslihin said...

salam..semoga kita menjaga perhubungan kita dgn Allah ye...

Asma said...

Assalamualaikum, Terima kasih En Ahmad, tinggalkan komen diblog saya, insyaAllah, perhubungan kita dengan Allah adalah perhubungan yang kekal, perlu dijaga sebaik munkin..