Saturday, December 19, 2009

Tahun Baru, Azam Pun Baru

Assalamualaikum,

Tahun baru Hijrah datang lagi diikuti dengan tahun Masihi beberapa hari sahaja lagi. Biasanya setiap awal tahun baru kita akan membaharui azam kita, sama ada membuat azam baru atau pun hanya memperbaharui azam lama yang belum terlaksana.

Walau apa pun azam penting untuk kita menetapkan matlamat kita untuk tahun yang baru mendatang ini, sekurang-kurangnya bila kita berazam kita akan berusaha lebih untuk melaksanakannya.

Azam tidak semestinya yang tinggi sehingga menyukarkan kita untuk melaksanakannya, cukuplah sekadar yang termampu kita lakukan, dan berterusan sehingga keakhir tahun baru ini. Dengan itu tidaklah azam sekadar tinggal azam, tapi perlaksanaannya gagal.

Untuk muslimin dan muslimat, diantara azam yang paling sering kita tanamkan didalam hati ialah untuk menjadi muslimin dan muslimat yang terbaik dari segi amalan dan peribadi. Meningkatkan kualiti ibadah. Kalau dulu kita bersembahayang lima waktu hanya melakukan yang wajib sahaja, tahun ini berazamlah dan laksanakanlah sembahayang lima waktu kita dengan melakukan perkara2 yang sunat sekali, dan berusahalah untuk melakukan sembahayang sunat diwaktu-waktu tertentu. Apabila azam ini dapat kita laksanakan berterusan, maka dengan sendirinya Allah akan mempermudahkan kita melaksanakan amalan2 lain yang berkaitan, atau dengan sendirinya akan terilham pula azam lain yang boleh memberi menafaat kepada kita.

Tidak kurang juga yang berazam untuk menjadi ibu bapa yang terbaik, jadi isteri yang solehah, jadi suami yang penyayang dan bertanggungjawab, jadi anak yang taat dan patuh, menjadi pekerja yang berdedikasi dan menjadi warga yang perihatin terhadap masyarakat dan alam sekeliling dan menjaga kesihatan dengan melakukan amalan pemakanan yang baik disamping meninggalkan merokok.

Apa pun yang pentingnya sikip positif kita dalam melaksanakan azam, jangan berputus asa sekiranya azam kita ditahun lepas masih belum terlaksana ini berkemunkinan disebabkan Allah belum menghendaki azam kite tersebut terlaksana atau munkin kita tidak melaksanakannya bersungguh-sungguh dan munkin juga azam kita terlalu tinggi untuk dilaksanakan.

Wallahhualam.

Sekian Wassalam.



3 comments:

sahromnasrudin said...

selamat tahun baru hijrah..semoga panjang umur dan murah rezeki serta dilimpahi nikmat dari Ilahi

Asma said...

Assalamualaikum, Terima kasih en sahrom, untuk en dan famili juga saya mohonkan doa sedemikian, semuga diberkati kehidupan yang mendatang.

al-lavendari said...

alaikum salam. satu ingatan yg sangat baik. benar, biar bersederhana tapi kekal, jangan melampau2 di awalnya tapi cuma sekerat jalan.