Ini musim orang deman,batuk dan sakit tekak.
kalau demam memang lama, susah nak baik,
seminggu makan panadol yang dibekalkan oleh
Doktor belum tentu lagi baik. Silap-silap
kena berulang alik ke hospital. Dan lebih
malang lagi dapat H1N1, selsema babi....
kena berkurung didalam rumah..silap2 kerana
kita seorang satu sekolah, satu kolej atau
satu pejabat kena tutup.
Sebelum kita dijangkiti berhati-hatilah,
buatlah apa yang patut untuk mengelakkan
diri dari dijangkiti, bukan saja H1N1,
tapi demam dan selsema biasa yang luar
biasa lamanya untuk sembuh sehingga ada
yang memakan masa sampai 2 minggu belum
tentu betul-betul sembuh lagi.
Ada yang mengatakan air kelapa adalah
penawar yang paling mujarab untuk
menyembuhkan demam dan selsema yang
luar biasa itu. Sejauh mana ia berkesan
terserah kepada individu.Tapi tak salah
kalau mencuba.
Caranya:
Ambil sebiji kelapa muda yang sedang,
Kupas dan buat lubang di bahagian kepalanya,
masukkan sebiji buah kurma dan biarkan
selama lima minit barulah diminum air kelapa
tersebut menggunakan strow, jangan di
tuang kedalam cawan.
Bermula dengan Bismillah diikuti dengan
Al fatihah sekali dan selawat keatas Nabi
sebanyak 3 kali, diminum air kelapa tersebut
dengan niat dikeluarkan segala penyakit
yang ada didalam badan kita. InsyaAllah
dalam beberapa jam demam kita akan berkurangan.
Cubalah jika anda mengalami demam yang tak
kebah2 itu. Buat beberapa kali sehingga sembuh,
InsyAllah,
selamat mencuba.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment