Saturday, August 8, 2009
Tips Untuk Pasangan Muda Yang baru Menimang Cahaya Mata Yang Pertama.
Kehadiran orang baru dalam kehidupan pasangan yang baru mendirikan rumahtangga amat mengembirakan, namun disebalik kegembiraan itu tersembunyi perasaan yang amat membebankan kedua pasangan tersebut, malah ada yang merasakan kehadiran orang baru telah menjarakkan hubungan antara mereka.
Tidak hairanlah ada pasangan yang mula menjauhkan diri antara satu sama lain malah ada yang berkecil hati akibat tindakan masing-masing yang hanya mengikutkan perasaan.
Bagi mereka yang merasakan ada masaalah seperti yang tersebut diatas sila ikut tips-tips yang diperturunkan disini, semuga hubungan anda kembali mesra semula seperti dahulu sebelum menerima kehadiran orang baru.
Tips Untuk Ibu.
1. Kurangkan melakukan kerja rumah seminima yang munkin supaya anda dapat sentiasa bersama bayi anda, disamping tidak mengabaikan suami anda.
2. Jangan biarkan bayi anda menangis seorang diri, segaralah mendapatkannya dan tinggalkan kerja yang sedang anda lakukan sebaik mendengar bayi anda menangis. Jangan sekali-kali menjerit memanggil suami anda dari kejauhan untuk menolong menengokkan bayi anda. Ini secara psikologinya anak anda akan merasakan dia diabaikan dan suami anda akan merasakan dia telah diganggu.
3. Sekiranya anda ingin melakukan sesuatu pekerjaan dengan meninggalkan bayi anda, jangan teragak-agak untuk meminta pertolongan suami, nyatakan dengan lembut dan berhemah supaya dia dapat menjaganya sementara anda menyiapkan kerja anda. Ini adalah lebih baik dari anda menjerit setelah bayi anda menanagis kerana ditinggalkan.
4. Cari masa untuk melayani suami, jangan biarkan dia bersendirian terutama ketika makan, ini akan menimbulkan rasa kecil hati suami anda dan rasa terabai. Usahakan untuk membawa bayi anda bersama, sekiranya sikecil itu tidak mau ditinggaklan sendirian, walaupun anda tidak dapat makan bersama cukuplah anda sekadar menemani suami anda makan.
5. Jangan mengasingkan tempat tidur dengan suami, sebolehnya tidurlah bersama suami, sama seperti sewaktu sebelum kehadiran bayi anda. Sekiranya anda menyusukan bayi anda letakkan bayi anda dibahagian tepi bersebelahan dinding. Jangan jadikan bayi anda benteng pemisah antara anda dengan suami dengan meletakan bayi anda ditengah anda berdua.
Bersambung.............
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment