Tips Buat Bapa
1.Bantu isteri anda seberapa yang boleh kerana dengan kelahiran orang baru bermakna bermulanya tanggung jawab anda berdua dalam mendidik anak anda. Tugas menjaga dan mendidik anak bukan sahaja terletak dibahu isteri sebaliknya adalah dibahu anda berdua.
2.Belajarlah mengendong dan memegang bayi anda, menukar lampin, membuat susu dan memandikan bayi anda. Dengan adanya kerjasama dalam menjalankan tugas mengasuh bayi anda akan menambahkan lagi eratnya kasih sayang anda dan isteri, dan dengan sendirinya perasaan diri anda terabai tidak akan timbul kerana anda juga terlibat dalam menjalankan tenggung jawab menguruskan bayi anda.
3.Jangan tidur mendahului isteri anda. Ingatlah jika anda merasa penat menjalankan tugas di pejabat, isteri anda juga begitu, tetapi dia masih ada lagi tugas tambahan, dirumah, mengendalikan rumahtangga, menguruskan bayi anda dan menguruskan kerja-kerja yang lainnya. Seharusnya ambillah alih tugas menjaga bayi anda sementara isteri anda menyiapkan kerjanya supaya kerjanya menjadi cepat dan dia tidak perlu terkejar-kejar sambail meneruskan kerja sambil menguruskan bayi.
4.Amalkan masuk kebilik tidur bersama kerana ini akan mengekalkan kemesraan anda berdua dan mengelakkan salah seorang dari anda merasa tersisih dan diabaikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment