Monday, September 28, 2009
Yang Pahit Itu Adalah Manis
memberikan taufik dan hidayahnya kepada wanita-wanita
muslimah masa kini untuk hidup secara Islam yang sebenar.
Menutup aurat, taat kepada suami, tidak meninggalkan
yang wajib dan menjauhkan yang haram dan banyak lagi
perkara-perkara yang digaris pandukan oleh Islam dapat
diikuti oleh wanita muslimah sejati.Malah ada juga yang
berjinak-jinak untuk menjadi pendakwah dengan menasihati
antara satu sama lain. Subhanallah...Maha Suci Allah Yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Cuma ada satu hukum yang datangnya terus dari Allah dan
telah digariskan didalam Al Quran yang wanita kita sering
terlepas pandang, malah ada yang menafikan terus hukum
tersebut.
Apakah hukum tersebut wahai Muslimah sejati yang di rahmati
Allah. Ikhlaskah kita berkasih sayang dengan Allah apabila
salah satu hukum yang datangnya terus dari Allah itu, dan
di maktubkan didalam Al Quran kita nafikan sekeras-kerasnya.
Malah kerana hukum yang satu itu juga kita sanggup mengolah
dosa demi dosa tanpa merenung kembali bahawa selama ini kita
telah berusaha untuk membentuk sahsiah dan kehidupan kita
berlandaskan keislaman yang sejati??
Cuma kita yang bergelar Wanita Muslimah sahaja yang akan
berhak mendapat kemanisan dari kepahitan hukum Allah ini
sekiranya kita menerimanya dengan rasa yang paling ikhlas.
Apabila hukum POLIGAMI itu termaktub dalam Al Quran ia
adalah sesuatu yang datangnya terus dari Allah, kita tidak boleh
lagi mempertikannya sebab ia berkaitan soal AKIDAH.
RENUNG-RENUNGKANLAH WAHAI MUSLIMAH SEJATI.
Saturday, September 26, 2009
Lemang basi Seredak rendang
Inilah caranya mak saya dulu berjimat. Setelah tiga hari lemang akan
dipindahkan dari buluh ke dalam kukus untuk mengekalkan kesegarannya.
Setelah dipanaskan didalam kukus lemang akan menjadi segar seperti baru
dimasak, waktu itu tiap-tiap pagi saya akan bersarapan pagi dengan
lemang dan serdak rendang. Apabila lemang telah tinggal sedikit dia
akan dipindahkan pula kedalam kuali. Lemang di masak seperti lempeng.
digoreng garing. Inilah part yang paling saya suka bila makan lemang.
Lihatlah hasilnya didalam gambar diatas.Inilah lemang basi dan serdak
rendang yang saya jadikan sarapan pagi tadi.
(dianggarkan lemang boleh disimpan didalam buluh selama tiga hingga
empat hari tampa rosak atau basi bergantung kepada kepakaran orang
yang memasaknya.)
Thursday, September 24, 2009
Jangan Buat Begini
balik kampung. Walau pun tak ada mak ayah yang nak diziarah
lagi dikampung tapi setidak-tidaknya dapat juga menziarahi
pusaranya dan mensedekahkan Al Fatihah disamping menziarahi
beberapa orang saudara terdekat.
Sampai dikampung kami terus kepusara orang tuaku dan
mensedekahkan Al Fatihah. Destinasi yang kedua adalah kerumah
saudara ku yang tak berapa dekat dan tak berapa jauh. Tapi aku
rasa dialah saudaraku yang terdekat kerana semasa aku dikampung
kami berjiran.
Sampai dihalaman rumahnya aku perhatikan pintu dan tingkap
hadapannya bertutup rapat, sunyi sepi, cuma pintu belakang yang
teruskedapurnya sahaja yang terbuka.Biasanya kalau hari-hari
raya sepertiini rumah ini riuh rendah dengan anak cucu saudara
ku itu yang balikberaya dikampung.
Oh rupanya raya tahun ni saudara ku ini yang ku panggil akak
berayasendirian dikampung, tanpa anak-anak saudara dan
cucu-cucubersama. Puncanya mereka tu semua merajuk hati
kerana akak ninak balik berpuasa dikampung setelah tujuh
bulan tinggal denganadiknya dibandar kerana patah kaki
terjatuh sewaktu dikampung.
Itu aja puncanya sampai mereka merajuk hati dan berpatah arang
dengan saudara tua mereka ini. Aku lihat kesedihan menyelubungi
wajah saudara ku ini.
Moral dan Pengajarannya:-
1. Jangan lakukan seperti ini kepada ibu bapa kita atau saudara kita
yang telah tua, kerana mereka juga ada hati dan perasaan, lebih-
lebih lagi yang biasa tinggal dikampung, pasti mereka akan merindui
kampung halaman mereka. Apa salahnya hantarkan mereka dan
jemput semula setelah mereka bersedia untuk kembali semula.
Tak perlulah sampai berpatah arang.
2. Kerenah orang tua memang sukar ditangani, cuma kebijaksanaan
dan kesabaran yang mampu menanganinya. Cuba bayangkan kita
berada ditempat mereka, munkin kerenah kita nanti apabila telah
tua lebih buruk dari mereka, mampukah anak-anak kita menangani
nya. Sekurang-kurangnya kalau kita menanganinya dengan baik
akan menjadi pengajaran pula kepada anak-anak kita nanti dalam
menangani kerenah kita pula.
Tuesday, September 15, 2009
Sekadar hiasan
Cantik bunga nih, tapi tak tumbuh di Malaysia, kalau ada diantara sapa-sapa pembaca blog
ini yang terjumpa bunga ini di mana-mana sila bagi tau yee. Menurut kata Penyelidik dari
negara China, tumbuhan ini yang mana nama saintifiknya Ferula Assa-Foetida atau nama
glamernya Dung of the Devil, boleh mengubati penyakit Swine Flu, atau Selsema babi atau
H1N1. Semuga ianya menjadi kenyataan, semuga wabak yang meragut nyawa ramai rakyat
Malaysia ini dapat di hapuskan. Tapi bilakah ianya akan menjadi kenyataan, sama-sama
kita nantikan yee..
Thursday, September 10, 2009
PANDUAN SOLAT QASAR DAN JAMA'
Bagi anda yang akan melakukan perjalanan jauh, balik kampung untuk berhari raya disini diperturunkan panduan untuk melakukan solat jama' dan qasar. Selamat balik kampung,
Selamat Berhari Raya
Hati-hati ketika memandu. Wassalam.
Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:
1.0 Solat Qasar
1.1 Takrifan
Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.
1.2 Hukum Qasar
Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”
ii. Al-Sunnah yang bermaksud;
‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)
1.3 Jarak Dibenarkan Qasar
Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.
1.4 Syarat Solat Qasar
i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.
1.5 Contoh Niat
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala).
Solat Jama'2.0
2.1 Takrifan
Solat Jama’ terbahagi kepada :
i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.2.2 Syarat Solat Jama’
2.2.1.Solat Jama’ Taqdim
i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir
i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
2.3 Contoh Niat
2.3.1 Jama’ Taqdim
i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
2.3.2 Jama’ Ta’khir
i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
Sumber - Jakim-eSolat
Tuesday, September 8, 2009
14 Perkara Yang Lelaki Suka Ada Pada Wanita
2. Pengasih dan penyayang.
3. Pandai mengambil hati.
4. Tetap pendirian.
5. Pandai bergaya tapi tidak keterlaluan.
6. Pandai memasak.
7. Berdikari.
8. Pandai memujuk.
9.Merendah diri.
10. Sering menjadi pendengar yang setia.
11. Peramah tapi lemah lembut.
12. Tidak mengongkong.
13. Tidak berleter.
14. Tidak menunjuk pandai.
Saturday, September 5, 2009
Puding Kopi Untuk Berbuka
BAHAN-BAHAN:
1 peket agar-agar serbuk
2 cawan santan
4 sudu besar susu pekat
2 cawan air
1/2 cawan gula
2 sudu besar tepung kastard/jagung
1 sudu besar serbuk kopi
1/2 cawan air panas
CARA MENYEDIAKAN:
1. Masakkan dua cawan air, serbuk agar-agar, gula,
susu pekat dan santan hingga mendidih.
2. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air. Masukkan
dalam adunan dan kacau rata sehingga adunan mendidih lagi.
3. Cedokkan setengah cawan adunan dan campurkan dengan
air kopi. Kacau sebati. Kalau anda menggunakan pes kopi
gunakan satu sudu kecil pes dan digaulkan dengan secawan
adunan tadi. Gaul sebati.
4. Adunan selebihnya dituangkan dalam loyang.
5. Tuangkan adunan bancuhan kopi di atasnya.
Tapi lakukan dengan perlahan-lahan.
TIPS. Bancuh kopi dengan air panas dan tapis. Lebih senang
gunakan pes kopi saja. Bezanya tepung jagung warnanya
putih. Adunan yang dibancuh juga putih. Tapi tepung
kastard tepungnya warna kuning. Sebelum mencampurkan
tepung kastard atau jagung ke dalam adunan agar-agar ia
hendaklah dibancuh dengan sedikit air.
PANDUAN MEMAKAI TOPENG MUKA
1. Basuh tangan sebelum memakai dan selepas menanggalkan topeng muka.
2. Tetulang besi ialah bahagian atas
3. Arah lipatan mengarah ke bawah ialah bahagian luar
4. Letak getah topeng muka dengan kemas di belakang telinga (jika jenis
tali ikat dengan kemas belakang kepala)
5. Topeng muka mesti menutupi hidung, mulut dan dagu
6. Tetulang besi hendaklah tekan mengikut bentuk hidung dan muka
7. Jangan sentuh permukaan topeng muka untuk mengelakkan pencemaran
8. Apabila menanggalkan topeng muka, elakkan menyentuh bahagian luar
kerana bahagian ini kemungkinan mengandungi kuman
9. Buang topeng muka yang telah digunakan dengan melipat ke dalam bahagian
luar atau bungkus dalam beg plastik sebelum buang dalam tong sampah.
10. Ganti topeng muka jika ianya rosak, basah atau berhabuk
Untuk Doa Keselamatan dari Wabak Penyakit sila ke pautan Blog
bekas Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus
KEPADA IBU BAPA DAN PENJAGA BEKALKAN KEPADA ANAK-ANAK SABUN
BASUH TANGAN SEKIRANYA SEKOLAH TIDAK MENYEDIAKAN SABUN UNTUK
MEMBASUH TANGAN
Friday, September 4, 2009
Cerita Pendek dan Pengajarannya
sebuah jambatan yang merintasi sungai yang besar.
Dalam ketakutan anaknya akan jatuh, si ayah berkata
kepada sianak, " Sayang, pegang tangan ayah kuat-kuat,
ayah takut kamu terjatuh kedalam sungai itu nanti."
Jawab si anak, "Tidak ayah, ayah pegang tangan saya
kuat-kuat, nanti saya terjatuh."
Si Ayah berasa hairan lalu bertanya, "Apakah bezanya
kamu pegang tangan ayah dengan ayah pegang tangan
kamu?"
"Jauh bezanya ayah," jawab si anak "Kalau saya pegang
tangan ayah, apa-apa terjadi kepada saya, saya pasti
akan melepaskan tangan ayah tapi kalau ayah pegang
tangan saya, apa pun terjadi kepada saya, ayah pasti
tidak akan melepaskan tangan saya kan ayah??"
Pengajarannya:-
Dalam perhubungan, tak kira antara suami dan isteri,
kawan atau kekasih, ibu bapa dan anak, kepercayaan
adalah yang paling berharga. Oleh itu peganglah tangan
atau jagalah hati orang yang mengasihi kita itu, jangan
lah mengharapkan mereka sahaja yang mengasihi kita.
Tuesday, September 1, 2009
10 Cara Hargai Pemberian Suami
Walau sekecil mana sekali pun pemberian tersebut
mestilah dihargai. Itulah diantara tanda kita saling
menyayangi.
Ada 10 cara terbaik bagaimana kita boleh menunjukkan
kita menghargai pemberian dari suami kita :-
1. Dengan senyuman ucaplah terima kasih.
2. Cium pemberian tersebut sebagai peghargaan.
3. Beri pujian setiap kali anda menerima hadiah dari
suami, sama ada untuk hadiahnya atau dirinya.
4. Tunjukkan kegembiraan sewaktu menerima
pemberian tersebut dengan terus membuka
hadiah tersebut dihadapannya.
5. Jika hadiah tidak seberapa dan hati anda tidak
begitu gembira menerimanya, jangan dizahirkan,
terimalah dengan rasa syukur, munkin itu saja
yang termampu oleh suami anda pada masa itu.
6. Jika hadiah berbentuk pakaian cubalah memakainya,
dan selalulah memakainya terutama ketika dia
bersama anda.
7. Jika hadiah itu berupa perhiasan letakkanlah
ditempat yang sentiasa dapat dilihat dan
selamat, jauh dari gangguan anak-anak sebagai
tanda menghargai nilainya.
8. Jika hadiah berbentuk makanan, segeralah
menghidangkannya dan makanlah bersama.
9. Balas pemberian suami seadanya setiap kali
dia memberi. Membalas pemberian suami tidak
semestinya dengan barangan boleh juga sekadar
bersedia menjadi teman yang sentiasa membuat
hatinya gembira.
10. Sentiasalah rasa cukup dengan setiap pemberiannya.
Janganlah meminta-minta sesuatu yang tidak perlu
lebih-lebih lagi sesuatu yang dia tidak mampu adakan.
Semuga kita menjadi isteri yang disayangi dan dihargai
oleh suami dan di redai oleh Allah SWT.