Friday, October 16, 2009

Barah Pembunuh Senyap Yang Amat Digeruni.

Memang barah adalah pembunuh senyap yang amat ditakuti. Ada yang dikesan di peringkat awal lagi, tetapi tetap juga pengakhirannya adalah kematian. Beruntunglah mereka yang boleh sembuh sepenuhnya setelah barah yang dikesan itu berjaya diubati, menandakan Allah SWT telah memberi mereka peluang kedua untuk hidup.

Kematian akibat barah adalah perkara biasa yang tidak perlu digeruni, kerana kematian adalah pasti bagi semua yang hidup cuma penyebabnya sahaja yang berbeza-beza.

Barah sebenar yang perlu kita takuti, yang perlu kita geruni dan yang perlu kita ambil langkah-langkah awal untuk mengawalnya ialah barah yang sedang melanda masyarakat hari ini.

Gejala keruntuhan moral, penyalah gunaan dadah, rasuah, kecurangan dalam institusi kekeluargaan, sekadar beberapa contoh barah masyarakat yang amat ketara sedang melanda masyarakat kita hari ini. Dimana-mana saja kita akan dapat memandang dengan jelas gejala-gejala barah ini.

Patutkah kita hanya memandang gejala-gejala barah ini yang semakin hari semakin merebak dan semakin hari semakin parah yang akhirnya akan memusnahkan keseluruhan kehidupan kita dan yang pentingnya anak cucu kita dan generasi kita akan datang.

Sama-samalah kita memikirkannya.

6 comments:

al-lavendari said...

memang merunsingkan terutamanya orang macam saya ni yang masih punya anak kecil dan remaja. bagaimanapun terpaksa hadapi juga.

dunia sudah terbalik. nampaknya peminum arak sudah jadi selebriti sekarang ! tiada lagi sdr mara atau sahabat pandai yang malu menundukan muka .... entahlah !

Asma said...

Assalamualaikum, al, mereka itu kain putih, terserah pada kita untuk mencorakkannya...InsyaAllah...

Relevan said...

Salam Asma..Barah penyakit yang digeruni oleh setiap insan..

Dari genetik boleh menjadi punca..dari pemakanan pun juga..

Unknown said...

ada juga disebabkan stress...

mudahan dijauhkan..

tokdon said...

barah ...parah

Asma said...

Assalamualaikum,

* relevan, pemakanan sekarang memang cenderung membawa kepada mendapat penyakit kronik...

* izan, jangan selalu stress yee..
untuk mengawal stress kembalilah kepada yang Hak.

* tokdon, cegah sebelum parah.