Wednesday, October 7, 2009

Mengapa Doa Kita Tidak Makbul

Assalamualaikum,


Kita sering mengeluh, mengapa sukar benar doa kita dimakbuklan oleh Allah SWT, pada hal kita telah lakukan apa saja demi mengharapkan agar Allah memakbulkannya.


Segala yang terbaik telah kita lakukan, Solat wajib, solat sunat, malah kita sering melakukan solat hajat, berdoa disetiap lepas solat namun doa kita masih juga belum dimakbulkan.


Diantara sebab mengapa doa kita sukar dimakbulkan ialah:-


1. Bila kita bersolat, kita tidak benar-benar menghadirkan diri sebaliknya fikiran kita merayau entah kemana. 


2. Semasa kita berdoa kita tidak benar-benar meminta, sebaliknya kita hanya membaca doa tersebut dari tulisan, atau dari apa yang kita hafalkan.


3. Munkin ada sesuatu kemungkaran yang kita lakukan yang membuatkan doa kita tertolak langsung.


4. Munkin sebelum kita berdoa kita lupa untuk bertaubat kerana doa orang yang tidak bertaubat sukar untuk diterima oleh Allah SWT. 


5. Munkin kita meminta perkara yang boleh membinasakan iman kita contohnya meminta dikayakan dengan harta, manakala sesudah menjadi kaya munkin kita akan bertukar sifat menjadi bakhil, tamak, riak, ujub dan sebagainya. Oleh kerana Allah itu maha mengetahui dan maha pengasih maka Dia tidak mengabulkan doa kita.


6. Allah tidak mengabulkan doa kita dalam masa yang singkat dan terdekat kerana ingin menguji sejauh mana kesabaran kita dalam dalam mengharapkan  pertolonganNya.


7. Doa kita tidak akan di kabulkan langsung didunia ini kerana Dia akan mengabulkannya bila kita berada di akhirat nanti.


Walau apa pun keadaannya kita haruslah sentiasa mengharapkan rahmat Allah.Janganlah kita berputus asa dengan rahmat Nya. Sebagaimana firman Allah dalam surah As Syura ayat 28,

" Jangan engkau berputus asa terhadap Rahmat Allah."


Wassalam.



8 comments:

Sofia said...

Assalamualaikum wbrt :)

Alhamdulillah, suka dengan nasihat2 mcm nie... Terima kasih kak :)

Jaga diri baik2...

Tata :)

Asma said...

Walaikumsalam wbrt.

Alhamdulillah, akak pun suka menasihati diri akak dengan nasihat begini, semuga kita sama2 mendapat manafaatnya. InsyaAllah.

Sofia pun jaga diri baik2 yee...

al-lavendari said...

salam.
saya ingin menambah, mungkin juga doa kita tidak di makbulkan kerana kita tidak faham apa yang kita minta ... sebab ia dalam bahasa Arab (bagi yg tak faham B. Arab lah kan!)

Asma said...

Walaikumsalam wbrt
Yee betul juga, al, biasakanlah membaca doa dalam bahasa yang kita fahami setelah membaca beberapa potong doa dalam bahasa arab...

Relevan said...

Salam Asma..
Jgn kita rasa putus asa jika doa tak termakbul..diatas kehendakNya kita syukur dgn apa jua ujian..berdoa lah InsyaAllah

Tengok yang nombor 6..

Unknown said...

sebagai manusia biasa, kita memang sentiasa terleka. biasanya keseronokkan kita letakkan yang pertama kerana ia menceriakan dan meninggalkan kesan.

kerana itu solat dan ibadah kita kadang2 tidak mencapai maksud...

hanya dengan memperbetulkan niat dan tawakal .... mudahan mendapat manfaat.

saya juga masih kekurangan.

Relevan said...

Salam Asma..kita berdoa dan terus berdoa..

Asma said...

* Walaikumsalam Relevan, Berputus asa dengan Rahmat Allah adalah diantara dosa-dosa besar, maka janganlah kita berputus asa dengan rahmatNya

* Assalamualaikum Izan, iblis memang kerjanya menyesatkan manusia, keseronokan itu adalah permainan iblis, kalau kita menurutinya maka lekalah kita, ibadah akan menjadi sambil lewa sahajalah..