Thursday, October 1, 2009

Kesan Gula Pasir Kepada Kanak-kanak

Munkin ramai orang yang tidak dapat menerima bahawa gula pasir dan bahan makanan yang di perbuat daripada gula seperti cokelat boleh menyebabkan anak manjadi hiperaktif - atau mengalami " sugar seizures " atau sawan gula.

Paras gula yang tinggi atau( HYPERGLYCAEMIA) akan menyebabkan pembakaran glukos yang berlebihan didalam otot-otot. Pembakaran tenaga ini akan menghasilkan gerak geri otot, yang menyebabkan anak-anak bergerak tanpa kawalan yang dikatakan ' hiperaktif'. Dengan tenaga yang berlebihan anak-anak akan mula berlari-lari, melompat dengan buas dan menjerit-jerit tanpa terkawal.

Pembakaran glukos pula menghabiskan vitamin B1, B2, B3, kalsium, magnesium  dan oksigen kerana sebahgian besarnya telah digunakan untuk aktiviti gerak-geri otot seperti diatas. Kekurangan Vitamin-vitamin dan zat-zat seperti disebut tadi akan mengurangkan baki bekalan glukosa untuk kegunaan otak pula.

Keadaan ini akan mempengaruhi emosi anak dan anak mudah resah, gelisah dan cemas kerana otaknya tidak mendapat cukup bekalan glukos, oksigen, vitamin dan zat-zat galian. Anak-anak akanmenjerit atau menangis kerana kekurangan bekalan bahan-bahan tersebut, menimbulkan pula keadaan yang diberi nama 'HYPOGLYCAEMIA'

Begitulah keadaannya, bila gula banyak dia buas, bila gula kurang dia menangis. Inilah yang dinamakan ' Sugar seizures' atau sawan gula yang selalu kita lihat pada anak-anak kecil sekarang.

Oleh kerana otak anak kecil sedang membangun sekiranya keadaan ini dibiarkan tindakan melompat, menjerit, agresif, senang merajuk, sering marah dan lain-lain akan menjadi ingatan yang kekal dan inilah yang akan membentuk perangai anak itu dimasa hadapan

Oleh itu kurangkanlah pemberian gula pasir dan makanan-makanan manis yang diperbuat daripada gula pasir kepada kanak-kanak untuk mengelakkan fenomena ini terjadi.

SUMBER : Institut Pembangunan Keluarga Dan Kanak-kanak Nuri.


6 comments:

Sofia said...

Assalamualaikum wbrt Kak sayang :)

Rindu dekat akak :)

Asma said...

Walaikumsalam. wbrt
Akak pun sama, mana Pia lama tak nampak.bz yee...

Sofia said...

Assalamualaikum wbrt :)

Busy la kak. Keje banyak sgt... Banyak projek2 baru skrg nie... Kenapa ruang chat box akak dah tak ada... Akak delete ya...

Jaga diri baik2 tau. Sayang akak selalu :)

Wassalam :)

Asma said...

Walaikumsalam, Wbrt, semalam akak terdelete, nanti akak masukkan semula...

mamamin said...

assalamualaikum awak...

Kita bertemu dengan berbagai penyakit di zaman yang serba maju ni kan...

Manusia dah ramai yang health concious.. Kesihatan diutamakan..

Kanak-kanak yang hyperaktif mmg memeningkan kepala.. jadi begitu penat menjaganye..

Terima kasih berkongsi info yang sgt baik ini..

kita harapkan ibu-ibu, bakal2 ibu mendapat manfaat dari sini..

Tenkiu awak...

Asma said...

Sama-sama, InsyaAllah. TQ untuk masa yang mamamin luangkan untuk menziarah teratakmurniku..