Saturday, October 31, 2009

Mengapa Kita Suka Mengumpat

Assalamualaikum.


Rasulullah SAW bersabda, " Jangan kalian bergibah ( mengumpat ), didalamnya ada tiga keburukan, pertama doanya tidak dikabulkan, kedua kebaikannya tidak diterima, ketiga akan ditimpakan padanya keburukan orang yang diumpatnya.


Mengumpat ialah mencela atau memperkatakan keburukan orang lain, atau perkataan yang boleh menyinggung perasaan orang lain baik kepada perkara yang benar apa lagi perkara yang tidak benar.


Dalam kehidupan kita seharian ini kita tidak dapat lari dari perbuatan mengumpat, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, secara langsung atau tidak langsung, secara sedar atau secara tidak sedar.


Dimana-mana pun perbuatan mengumpat ini tetap terjadi baik dirumah, ditempat orang kawin,dipejabat dan dimana mana saja selagi kita ada lawan untuk berbicara. Mengapa kita suka mengumpat.


Kadang-kadang kita mengumpat ini secara tidak sengaja, bagi kita sekadar mengatakan, " Eh Siti, tadi aku jumpa Hani, bukan main lagi dia. pakai baju ketat betul, tak sesuai langsung dengan badan dia yang gempal tu," bagi kita perkataan ini sekadar untuk memberi gambaran tentang keadaan Hani pada hari itu, tapi sebenarnya kata-kata ini sudah termasuk dalam katogeri mengumpat. Memang susah.


Ada setengahnya tu sekadar ingin melahirkan rasa tidak puas hati, contohnya, " Rendang kat majlis kawin anak En Ali tadi pedas betul yee bang,". Namun semua ini adalah termasuk dalam perbuatan mengumpat.


Di rawikan bahawa perempuan pendek datang kepada Rasulullah SAW untuk satu keperluan. Setelah dia keluar, Aisyah berkata, "Wah pendeknya dia." Segera Rasulullah SAW berkata, "Engkau telah mengumpat wahai Aisyah.".


Dosa orang yang mengumpat tidak akan terhapus dengan bertaubat, sebaliknya hendaklah dimohon maaf kepada orang yang diumpatnya itu. Lalu bagaimana kalau orang yang kita umpat itu bukan kenalan kita, atau tinggal jauh dengan kita, sanggupkah kita pergi menghadapnya dan menyatakan kepadanya kita telah mengumpatnya seterusnya memohon maaf daripadanya.

Rasulullah SAW bersabda," Seorang berzina lalu bertaubat, Allah menerima taubatnya. Sedangkan orang ghibah ( mengumpat ) belum diampuni kecuali dimaafkan oleh yang diumpat."


Dari itu jauhilah perbuatan mengumpat dengan tidak berkata-kata kepada perkara yang tidak memberi manafaat kepada diri kita dan juga orang lain, dan segeralah menegur atau menjauhi orang-orang yang sedang memperkatakan orang lain atau yang sedang mengumpat.Berdiam diri itu adalah lebih baik dari berkata-kata yang tidak bermanafaat.

Sekian, wassalam.


9 comments:

Relevan said...

Salam Asma..
Agaknye orang orang yang kuat mengumpat ini mendapat keseronokan dalam menceritakan hal buruk dan baik orang..seolah olah terbit kepuasan dalam hati..

Asma said...

W,sallam en relevan, memang yee, diantara perkara yang paling seronok untuk dilakukan ialah mengumpat, kadang2 sampai leka tak sedar masa berlalu...

Unknown said...

mengumpat ibarat makan daging saudara sendiri.... huuuu... jgn dibuat. kdg2 apa yang kita umpat... berbalik pula kpd yang empunya diri.... nauzubillah... minta dijauhkan....

al-lavendari said...

entah berapa ramai orang yang saya kena cari untuk minta maaf. rasanya tak tercari ... lalu bagaimana ?

Asma said...

Assalamualaikum,

* Izan, apa yang kita umpat kepada sesiapa aja, memang akan cepat sangat berbalik pada kita...

* al-lavendri, hukum tetap hukum, dan Allah SWT itu maha pemurah...bertaubat sebelum kita berjumpa dengan orang yang diumpat, taubat kita akan diterima..

~aSHa~ said...

what u did, u get back...eheheh tul tak....

org pempuan la terutamanye kalo bab mengumpat ni kan..

ismimaizura said...

Salam..
bgs la topik ni..
kt opis aku mmg melambak org yg ske mengumpat ni..
kdg2 aku sndiri jd mngsa umpatan..
tp aku redha jer..
smga allah s.w.t dpt membalasnya..
hindarlah mengumpat sesama kita..
tegur la secara hikmah..itukn lg baik dr mengata belakang..sma2 la pk kn.

mamamin said...

salam asma..

Sesungguhnya sebagian perkataan itu ada yang lebih keras dari batu, lebih tajam dari tusukan jarum, lebih pahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara. Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamlah Ia dengan perkataan yang baik, karena jika tidak tumbuh semuanya nescaya tumbuh sebahagiannya.

Ada kalanya kita manusia, memang tidak boleh lari sepenuh nya dari nak mengata, atau menegur atau lebih dikenali dengan perkataan mengumpat..

Sekiranya satu teguran yang membina tu mungkin x salah kan?

Asma said...

Assalamualaikum,

* aSHa, lelaki pon sama, tetapi mereka tu tersembunyi sikit...

* juera, alhamdulillah, baguslah kalau redha' pahala bagi yang redha, bagi kat dia dosanya.

* Setuju sangat kata mamamin tu, tegurlah dengan hikmah biar berdepan, kalau dia marah kita tau dia pun tau..boleh terus bermaafan...