Saturday, December 19, 2009

Tahun Baru, Azam Pun Baru

Assalamualaikum,

Tahun baru Hijrah datang lagi diikuti dengan tahun Masihi beberapa hari sahaja lagi. Biasanya setiap awal tahun baru kita akan membaharui azam kita, sama ada membuat azam baru atau pun hanya memperbaharui azam lama yang belum terlaksana.

Walau apa pun azam penting untuk kita menetapkan matlamat kita untuk tahun yang baru mendatang ini, sekurang-kurangnya bila kita berazam kita akan berusaha lebih untuk melaksanakannya.

Azam tidak semestinya yang tinggi sehingga menyukarkan kita untuk melaksanakannya, cukuplah sekadar yang termampu kita lakukan, dan berterusan sehingga keakhir tahun baru ini. Dengan itu tidaklah azam sekadar tinggal azam, tapi perlaksanaannya gagal.

Untuk muslimin dan muslimat, diantara azam yang paling sering kita tanamkan didalam hati ialah untuk menjadi muslimin dan muslimat yang terbaik dari segi amalan dan peribadi. Meningkatkan kualiti ibadah. Kalau dulu kita bersembahayang lima waktu hanya melakukan yang wajib sahaja, tahun ini berazamlah dan laksanakanlah sembahayang lima waktu kita dengan melakukan perkara2 yang sunat sekali, dan berusahalah untuk melakukan sembahayang sunat diwaktu-waktu tertentu. Apabila azam ini dapat kita laksanakan berterusan, maka dengan sendirinya Allah akan mempermudahkan kita melaksanakan amalan2 lain yang berkaitan, atau dengan sendirinya akan terilham pula azam lain yang boleh memberi menafaat kepada kita.

Tidak kurang juga yang berazam untuk menjadi ibu bapa yang terbaik, jadi isteri yang solehah, jadi suami yang penyayang dan bertanggungjawab, jadi anak yang taat dan patuh, menjadi pekerja yang berdedikasi dan menjadi warga yang perihatin terhadap masyarakat dan alam sekeliling dan menjaga kesihatan dengan melakukan amalan pemakanan yang baik disamping meninggalkan merokok.

Apa pun yang pentingnya sikip positif kita dalam melaksanakan azam, jangan berputus asa sekiranya azam kita ditahun lepas masih belum terlaksana ini berkemunkinan disebabkan Allah belum menghendaki azam kite tersebut terlaksana atau munkin kita tidak melaksanakannya bersungguh-sungguh dan munkin juga azam kita terlalu tinggi untuk dilaksanakan.

Wallahhualam.

Sekian Wassalam.



Wednesday, December 2, 2009

Menghormati Ibu Bapa.

Assalamualaikum.


Menghormati ibu bapa adalah wajib bagi seorang anak. Malah syurga bagi seorang anak adalah terletak dibawah telapak kaki ibunya. Oleh kerana itu berusahalah untuk mengembirakan kedua ibu bapa supaya restunya sentiasa mengiringi perjalanan hidup kita


Beberapa perkara yang perlu kita lakukan untuk mengembirakan kedua Ibu bapa kita ialah :-

1. Patuhi cakap dan arahannya kerana tiada ibu bapa yang ingin melihat anaknya susah dan menjadi tidak baik. Apa yang mereka arahkan adalah semata-mata untuk kebaikan anak-anak mereka.


2. Bersalam, cium tangan ibu-bapa dan peluk mereka setiap kali hendak meninggalkan mereka. Dengan berpelukan akan mengaktif naluri keibubapaan mereka dan naluri ihsan mereka, membuatkan mereka teringat saat-saat sukar anak tersebut. Secara tak langsung mereka akan berdoa untuk kesejahteraan anaknya.


3. Jika berada berjauhan selalulah menghubungi mereka bertanyakan khabar, biarlah sekerap munkin kerana ibu bapa sangat gembira bila mendapat berita dari anaknya dan amat berasa susah hati jika tiada sebarang berita dari anaknya yang jauh, walau pun mereka tidak menzahirkannya melalui perkataan dan riak muka.


4. Sekali sekala belikan buah tangan untuk mereka, walaupun harganya tidak seberapa namun bukan harga itu yang menjadi ukuran, tetapi ingatan kita itulah yang membuatkan mereka gembira.


5. Apabila ada sesuatu perkara yang dihajati, contohnya untuk menghadapi pepereksaan, untuk menghadapi temuduga, malah untuk mendapatkan apa juga yang kita hajati, mintalah restu dan ,sebelum itu mohonlah maaf dari mereka.


6. Apabila mereka sakit rawatlah dengan ikhlas, jangan sesekali berdengki2 antara adik beradik, kerana tanggung jawab kita terletak ditangan kita. Siapa diantara anak2 yang paling ikhlas dan bertanggung jawab merawat mereka, maka dialah yang akan mendapat ganjaran paling banyak diakhirat kelak.


Sekian wassalam.


Monday, November 30, 2009

Tujuh Tanda Takut Kepada ALLAH

Assalamualaikum.

Orang Mukmin adalah orang yang takut kepada Allah SWT dan seluruh anggota badannya.

Abul-Laits telah berkata, tanda2 takut kepada Allah itu kelihatan dalam tujuh perkara:-


1. Pada Lisannya -  maka hindarkanlah diri dari berdusta, menyebar fitnah, mengumpat, berbual kosong, banyak bercakap yang tidak berkenaan dengan agama.


2. Pada Hatinya - Buangkanlah perasaan dengki, hasad, rasa permusuhan, kebodohan dan bersangka buruk kepada sesama sahabat dan orang lain.


3. Pada Pandangannya - Hindarkanlah mata dari memandang perkara yang haram, perkara yang boleh manikkan syahwat, makanan dan minuman yang boleh memudaratkan lagi haram, pakaian dan perhiasan yang boleh menimbulkan keingin untuk membelinya dan akan memudaratkan iman bila memakainya seperti timbul rasa riak kerana kecantikan dan harganya yang mahal.


4. Pada Perutnya - Menjaga perut supaya tidak diisi dengan makanan yang subahat lagi haram, dan tidak makan terlalu kenyang.


5. Pada Tangannya - Tidak menggunakan tangan untuk perkara yang haram sebaliknya menggunakannya untuk taat kepada Allah.


6. Pada Langkah kakinya - Menjaga kaki supaya tidak di gunakan untuk melangkah kearah melakukan maksiat, sebaliknya hanya melangkah untuk taat kepada Allah, mencari keredhaannya serta untuk bergaul dengan orang yang taat dan soleh.


7. Pada Ketaatannya - Jadikanlah ketaatan itu semata-mata untuk mencari keradhaan Allah bukan untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk. Takutlah pada riak dan munafik.


Seharusnya seorang mukmin harus berada diantara rasa takut dan berharap dan harus sentiasa mengharap rahmat Allah. Tidak berputus asa mengharapkannya. Sebagaimana firman Allah dalam surah Asy Syura ayat 28 :-


" Janganlah engkau berputus asa terhadap rahmat Allah " 


Sumber- Penenang JIwa, Pengubatan dan Rawatan oleh Imam Al-Ghazali.


sekian, Wassalam.

Tuesday, November 17, 2009

Isteri Solehah

Assalamualaikum.

Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah.


Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya .

Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.

Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:

1.Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdak melanggar perintah Allah.

2.Bersikap malu terhadap suami.

3.Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara.

4.Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.

5.Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.

6.Memakai wangi-wangian di hadapan suami.

7.Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.

8.Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.

9.Sentiasa menghormati keluarga suami .

10.Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.

11.Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.

12.Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.
 

Menjadi suri rumah adalah impian setiap wanita yang telah cukup umur dan untuk menjadi seorang suri rumah sepenuh masa yang berwibawa mereka harus melakukan kerja-kerja yang melibatkan pengurusan, kesetiausahaan, pendidikan dan asuhan.

Mereka perlu pandai merancang, mengatur, menyusun dan melakukan kerja-kerja besar hinggalah yang remeh-temeh dalam lingkungan tempat kerja. Di "tempat kerja", merekalah bos, merekalah kulinya.

Mereka bekerja tanpa cuti dan tapa mengharapkan upah. Jauh sekali menuntut bonus tahunan atau menagih pengiktirafan. Segalanya dilakukan demi sebuah tanggungjawab membina syurga idaman.

Itulah peranan sekilas isteri-isteri yang menjadi SURI RUMAH sepenuh masa. Satu tugas berat yang bermula sebaik-baik sahaja rumah tangga mula didirikan.

Ia memerlukan persediaan jiwa, ilmu dan kemahiran lebih awal sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Dan cabarannya tentulah semkin sukar dan hebat apabila anggota keluarga makin bertambah dan keluarga semakin besar.

Wallahualam

Copy paste dari email. 

Sekian, Wassalam

Monday, November 9, 2009

Berhati-hati Dengan Taalik/Taklik.

Assalamualaikum,

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi, begitulah akibatnya kalau kita sengaja mempermain-mainkan taklik atau taalik. Taklik bermaksud perjanjian sama ada perkahwinan, atau penceraian yang kebiasaannya dilafazkan oleh suami malah oleh isteri juga dan dipersetujui oleh pasangan. 


Ada suami yang dengan sengaja melafazkan taklik kepada isterinya, contohnya, "Sayang jangan keluar rumah hari ini yee kalau sayang keluar juga jatuh talak satu." Dan isteri pun menjawab, "Iyalah bang." Perkataan ini walaupun bunyinya seperti gurauan tetapi sangat merbahaya jika si suami melafazkannya dengan niat.


Kejadian yang terjadi kepada seorang sahabat seminggu yang lepas memanggil saya menulis tajuk ini. sahabat tersebut sering memberitahu saya dia sangat sayangkan isterinya, malah semua orang tahu mereka loving couple, kesana kesini berduaan, maklumlah mereka tiada anak.


Hendak dijadikan cerita sahabat ini mendapat satu perkerjaan yang menghendakinya bekerjasama dengan seorang wanita. Fenomena ini menimbulkan rasa cemburu dihati sang isteri. Lalu tanpa pengetahuan sahabat sang isteri membuat intipan ditempat kerja sahabat. malangnya waktu itu memang sahabat sedang bertungkus lumus bekerja dengan wanaita tersebut. Apa lagi isteri yang dilanda cemburu mulalah buat hal sehingga memalukan sahabat.


Sampai dirumah malam itu sahabat menasihati isterinya supaya jangan mengulangi apa yang dibuatnya siang tadi kerana tuduhan isteri tidak berasas. Setelah berbincang iateri setuju tidak mengulangi lagi perbuatan siang tadi.


Sahabat yang rasa tidak puas hati dan untuk menakut-nakutkan isterinya mentaalik isterinya dengan berkata, " Ok sayang, sayang dah berjanji tidak akan mengulangi lagi datang ketempat kerja abang. Tapi kalau sayang datang juga dan buat kecoh macam siang tadi jatuh talak tiga, bercerai kita. Setuju?" Si isteri tanpa berfikir panjang menjawab," Setuju"


Siang esoknya sahabat pergi bekerja macam biasa tanpa memikirkan apa yang telah terjadi malam tadi. Sebaliknya dirumah si isteri tidak senang duduk, perasaan cemburu terhadap suami semakin menjadi-jadi. Tidak mampu rasanya hendak berdiam diri atau menunggu sehingga suami pulang dari kerja untuk mendapatkan kepastian dari mulut sahabat sendiri.


Akhirnya siisteri terlupa perjanjian yang dibuat malam tadi antara dia dan sahabat. Tanpa berlengah dia pergi ketempat kerja sahabat dan terus memarahi sahabat dam membuat kecoh ditempat kerja sahabat. Sahabat yang teringat perjanjian malam tadi hanya mampu beristighfar panjang sambil menyabarkan diri sendiri.


Apabila telah reda marah si isteri sahabat memberitahu isterinya bahawa antara mereka telah tertalak, bukan satu, bukan dua malah tiga. Isteri yang baru tersedar meraung sekuat hati. Namun apa lagi yang boleh dilakukan, nasi betul-betul sudah menjadi bubur.


Apabila mereka ke pejabat Kadi, mereka disahkan telah bercerai talak tiga.


Demikianlah sebagai iktibar untuk kita semua, janganlah semudahnya membuat perjanjian sedemikian. Ini akan mengakibatkan kita menyesal yang tidak berkesudahan, Dan yang paling menyedihkan anak-anak akan menjadi mangsanya.

Sekian, Wassalam


Wednesday, November 4, 2009

Pengertian Tentang Rezki

Assalamualaikum,


" Ya Allah, murahkanlah rezki ku." inilah diantara doa yang yang sering kita panjatkan setiap kali lepas sembahayang. Lima waktu sehari kita memanjatkan doa tersebut, namun tidak nampak juga gaya-gayanya kita nak jadi kaya.


Jangan lekas putus asa, Allah itu maha pemurah dan maha pengabul setiap doa kita. Sebenanya walaupun setelah berdoa kita tidak juga menjadi kaya atau pun dikurniakan duit berlonggok-longgok itu tidak bermakna Allah tidak memberikan kita rezkiNya yang kita pohonkan.


Sebenarnya pengertian rezki ini amat luas bukan sekadar tertumpu kepada wang ringgit atau harta benda seperti yang kita inginkan.


Diantara contohnya, kita mendapat gaji yang sama setiap bulan sejak beberapa tahun yang lalu. Kalau sebelumnya gaji yang didapati tersebut tidak mencukupi untuk perbelanjaan bulanan justru kita merasakan kehidupan kita amat terhimpit,tetapi sejak kebelakangan ini kita berjaya menguruskan gaji kita dengan lebih sempurna, cukup untuk perbelanjaan kita tanpa melibatkan hutang piutang seperti sebelumnya, malah dapat pula kita mengenepikan sebahagiannya untuk membayar hutang, itu pun dinamakan rezki.


Kita dikurniakan anak yang cemerlang, anak yang soleh dan solehah, isteri dan suami yang baik, jiran2 yang baik, bertimbangrasa dan bertanggung jawab, itu pun dinamakan rezki. 


Seterusnya dipermudahkanNya segala urusan seharian kita, tanpa kita perlu berdepan dengan pelbagai masaalah yang melibatkan kita perlu mengeluarkan wang, atau memerlukan kita menghabiskan banyak masa untuk menguruskannya, itu juga adalah diantara rezki yang Allah limpahan kepada kita.


Memiliki tubuh yang sihat, akal yang sempurna, tenaga yang kuat, itu juga adalah rezki yang kita sering mohonkan kepasa Allah SWT.


Dikurniakannya harta yang bertimbun, duit yang berjuta, kadang-kadang tidak boleh kita anggap itu sebagai rezki bilamana kita menggunakannya kejalan yang tidak di redhai Allah, sebaliknya itu dikira sebagai musibah kerana harta yang bertimbun itulah yang akan membuatkan kita lalai dari bersyukur kepada Allah. 


Dari itu janganlah kita terus mengeluh, merasa hampa bila kita memohon dimurahkan rezki namum Allah tidak mengurniakan kita duit dan harta, sebaliknya renunglah diri kita, keadaan kita, keluarga kita, persekitaran kita, adakah ianya bertambah baik, apabila ianya bertambah baik itu tandanya Allah telah memberikan rezkinya kepada kita.


Wallah hu Allam.


Sekian wassalam.



Saturday, October 31, 2009

Mengapa Kita Suka Mengumpat

Assalamualaikum.


Rasulullah SAW bersabda, " Jangan kalian bergibah ( mengumpat ), didalamnya ada tiga keburukan, pertama doanya tidak dikabulkan, kedua kebaikannya tidak diterima, ketiga akan ditimpakan padanya keburukan orang yang diumpatnya.


Mengumpat ialah mencela atau memperkatakan keburukan orang lain, atau perkataan yang boleh menyinggung perasaan orang lain baik kepada perkara yang benar apa lagi perkara yang tidak benar.


Dalam kehidupan kita seharian ini kita tidak dapat lari dari perbuatan mengumpat, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, secara langsung atau tidak langsung, secara sedar atau secara tidak sedar.


Dimana-mana pun perbuatan mengumpat ini tetap terjadi baik dirumah, ditempat orang kawin,dipejabat dan dimana mana saja selagi kita ada lawan untuk berbicara. Mengapa kita suka mengumpat.


Kadang-kadang kita mengumpat ini secara tidak sengaja, bagi kita sekadar mengatakan, " Eh Siti, tadi aku jumpa Hani, bukan main lagi dia. pakai baju ketat betul, tak sesuai langsung dengan badan dia yang gempal tu," bagi kita perkataan ini sekadar untuk memberi gambaran tentang keadaan Hani pada hari itu, tapi sebenarnya kata-kata ini sudah termasuk dalam katogeri mengumpat. Memang susah.


Ada setengahnya tu sekadar ingin melahirkan rasa tidak puas hati, contohnya, " Rendang kat majlis kawin anak En Ali tadi pedas betul yee bang,". Namun semua ini adalah termasuk dalam perbuatan mengumpat.


Di rawikan bahawa perempuan pendek datang kepada Rasulullah SAW untuk satu keperluan. Setelah dia keluar, Aisyah berkata, "Wah pendeknya dia." Segera Rasulullah SAW berkata, "Engkau telah mengumpat wahai Aisyah.".


Dosa orang yang mengumpat tidak akan terhapus dengan bertaubat, sebaliknya hendaklah dimohon maaf kepada orang yang diumpatnya itu. Lalu bagaimana kalau orang yang kita umpat itu bukan kenalan kita, atau tinggal jauh dengan kita, sanggupkah kita pergi menghadapnya dan menyatakan kepadanya kita telah mengumpatnya seterusnya memohon maaf daripadanya.

Rasulullah SAW bersabda," Seorang berzina lalu bertaubat, Allah menerima taubatnya. Sedangkan orang ghibah ( mengumpat ) belum diampuni kecuali dimaafkan oleh yang diumpat."


Dari itu jauhilah perbuatan mengumpat dengan tidak berkata-kata kepada perkara yang tidak memberi manafaat kepada diri kita dan juga orang lain, dan segeralah menegur atau menjauhi orang-orang yang sedang memperkatakan orang lain atau yang sedang mengumpat.Berdiam diri itu adalah lebih baik dari berkata-kata yang tidak bermanafaat.

Sekian, wassalam.


Tuesday, October 27, 2009

Air Mata Rasulullah SAW.

Assalamualaikum,
Sekadar buat ingatan kita semua, untuk kesekian kalinya,
Post dari seorang teman.


Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'


Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Nota:
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita

Tuesday, October 20, 2009

Senario dan Tabiat Merokok di Malaysia

Fakta sepintas lalu

  • Hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok.
  • Setiap hari, lebih kurang 45 hingga 50 remaja di bawah umur 18 tahun mula merokok.
  • 30% daripada remaja lelaki berumur 12 hingga 18 tahun merokok.
  • Bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah. Hasil daripada dua kajian ke atas remaja yang dijalankan dalam tahun 2000 dan 2004, bilangan remaja perempuan yang merokok telah bertambah dari 4% hingga 8%. Secara keseluruhannya, kajian dalam tahun 2004 mendapati bahawa hampir seorang daripada lima orang remaja adalah perokok.
  • Kes kanser paru-paru telah bertambah dengan kadar 17% setahun.
  • Tabiat merokok dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari (jantung).
  • Berdasarkan Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Ke-2 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tahun 1996, tabiat merokok menyebabkan kematian lebih kurang 10,000 orang setahun.

Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok membunuh seorang daripada 10 orang dewasa di seluruh dunia, atau menyebabkan empat juta kematian.

  • Setiap lapan saat, seorang mati akibat penggunaan tembakau. Lebih kurang 15 bilion rokok dijual setiap hari atau 10 juta setiap minit.
  • Di kalangan negara-negara Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Rantau Pasifik Barat yang mana merangkumi Asia Timur dan Pasifik mempunyai kadar tabiat merokok yang tertinggi, dengan hampir dua pertiga lelaki yang merokok.
  • Di kalangan golongan remaja di seluruh dunia berumur 13 hingga 15 tahun dianggarkan seorang daripada lima orang adalah perokok.
  • 60,000 hingga 100,000 kanak-kanak di seluruh dunia mula merokok setiap hari secara kasar, separuh daripada mereka di negara-negara Asia.
  • Separuh daripada perokok jangka masa panjang akan mati akibat penggunaan tembakau yang menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung dan penyakit paru -paru yang kronik.
  • Terdapat lebih daripada 4,000 bahan kimia dalam asap tembakau, yang mana 2,000 daripadanya adalah toksik, 63 adalah karsinogenik dan selebihnya adalah bahan-bahan yang boleh menyebabkan kerengsaan.
  • Secara purata, setiap batang rokok yang dihisap akan memendekkan sekurang-kurangnya lima minit hayat seseorang.
  • 30% daripada semua kematian berkaitan kanser adalah daripada tabiat merokok.
  • 90% daripada semua kematian akibat kanser paru-paru adalah disebabkan oleh tabiat merokok.
Sumber = infosihat.gov.my

Friday, October 16, 2009

Barah Pembunuh Senyap Yang Amat Digeruni.

Memang barah adalah pembunuh senyap yang amat ditakuti. Ada yang dikesan di peringkat awal lagi, tetapi tetap juga pengakhirannya adalah kematian. Beruntunglah mereka yang boleh sembuh sepenuhnya setelah barah yang dikesan itu berjaya diubati, menandakan Allah SWT telah memberi mereka peluang kedua untuk hidup.

Kematian akibat barah adalah perkara biasa yang tidak perlu digeruni, kerana kematian adalah pasti bagi semua yang hidup cuma penyebabnya sahaja yang berbeza-beza.

Barah sebenar yang perlu kita takuti, yang perlu kita geruni dan yang perlu kita ambil langkah-langkah awal untuk mengawalnya ialah barah yang sedang melanda masyarakat hari ini.

Gejala keruntuhan moral, penyalah gunaan dadah, rasuah, kecurangan dalam institusi kekeluargaan, sekadar beberapa contoh barah masyarakat yang amat ketara sedang melanda masyarakat kita hari ini. Dimana-mana saja kita akan dapat memandang dengan jelas gejala-gejala barah ini.

Patutkah kita hanya memandang gejala-gejala barah ini yang semakin hari semakin merebak dan semakin hari semakin parah yang akhirnya akan memusnahkan keseluruhan kehidupan kita dan yang pentingnya anak cucu kita dan generasi kita akan datang.

Sama-samalah kita memikirkannya.

Sunday, October 11, 2009

Ujian Itu Penyubur Iman

Dalam mengharungi arus kehidupan ini kita sering diuji oleh Allah SWT dengan berbagai ujian. Ada ujian kecil yang kita rasa mampu menanggungnya, ada ujian besar yang kita rasa terlalu berat untuk ditanggung.


Dan mengiringi ujian-ujuan tersebut adalah keluhan demi keluhan bagaikan tidak berpuas hati mengapa kita harus diuji, mengapa ujian ini diturunkan kepada kita, tidak kepada orang lain.


Dari sekecil ujian contohnya, anak sakit gigi, luka kecil disebabkan kelalaian kita menggunakan peralatan tajam, terkandas didalam kesesakan lalu lintas dan banyak lagi ujian-ujian kecil yang pernah kita tempuhi, semua ini akaan membuatkan kita keluh kesah, dan ada yang tidak sabar lalu mengeluarkan kata-kata yang tidak setimpal dengan ujian yang dirasai.


Begitu juga  kalau kita diuji dengan ujian yang besar contohnya kematian orang yang kita kasihi, ada ahli keluarga yang terlibat dengan gejala yang tidak baik dan keruntuhan moral, pasti kita akan berkata " Ya Allah aku telah berbuat yang terbaik tapi mengapa aku diuji juga dengan ujian yang hebat ini."


Apa lagi jika kita diuji dengan ujian yang sangat dahsyat seperti bencana alam yang mengorbankan beratus ribu orang, pasti remuk redamlah hati kita menanggungnya.


Bersama setiap ujian yang didatangkan kepada kita, sebagai ganjarannya Allah telah menyertakan sekali dengan hikmah-hikmahnya, maka hendaklah kita bersabar diatas ujian tersebut dan janganlah berburuk sangka dengan Allah.


Sesungguhnya sabar itu adalah sebahagian dari iman, dan setiap ujian yang kita lalui itu, jika kita bersabar dan reda, maka jadilah dia penyubur kepada iman kita.


 


Wednesday, October 7, 2009

Mengapa Doa Kita Tidak Makbul

Assalamualaikum,


Kita sering mengeluh, mengapa sukar benar doa kita dimakbuklan oleh Allah SWT, pada hal kita telah lakukan apa saja demi mengharapkan agar Allah memakbulkannya.


Segala yang terbaik telah kita lakukan, Solat wajib, solat sunat, malah kita sering melakukan solat hajat, berdoa disetiap lepas solat namun doa kita masih juga belum dimakbulkan.


Diantara sebab mengapa doa kita sukar dimakbulkan ialah:-


1. Bila kita bersolat, kita tidak benar-benar menghadirkan diri sebaliknya fikiran kita merayau entah kemana. 


2. Semasa kita berdoa kita tidak benar-benar meminta, sebaliknya kita hanya membaca doa tersebut dari tulisan, atau dari apa yang kita hafalkan.


3. Munkin ada sesuatu kemungkaran yang kita lakukan yang membuatkan doa kita tertolak langsung.


4. Munkin sebelum kita berdoa kita lupa untuk bertaubat kerana doa orang yang tidak bertaubat sukar untuk diterima oleh Allah SWT. 


5. Munkin kita meminta perkara yang boleh membinasakan iman kita contohnya meminta dikayakan dengan harta, manakala sesudah menjadi kaya munkin kita akan bertukar sifat menjadi bakhil, tamak, riak, ujub dan sebagainya. Oleh kerana Allah itu maha mengetahui dan maha pengasih maka Dia tidak mengabulkan doa kita.


6. Allah tidak mengabulkan doa kita dalam masa yang singkat dan terdekat kerana ingin menguji sejauh mana kesabaran kita dalam dalam mengharapkan  pertolonganNya.


7. Doa kita tidak akan di kabulkan langsung didunia ini kerana Dia akan mengabulkannya bila kita berada di akhirat nanti.


Walau apa pun keadaannya kita haruslah sentiasa mengharapkan rahmat Allah.Janganlah kita berputus asa dengan rahmat Nya. Sebagaimana firman Allah dalam surah As Syura ayat 28,

" Jangan engkau berputus asa terhadap Rahmat Allah."


Wassalam.



Thursday, October 1, 2009

Kesan Gula Pasir Kepada Kanak-kanak

Munkin ramai orang yang tidak dapat menerima bahawa gula pasir dan bahan makanan yang di perbuat daripada gula seperti cokelat boleh menyebabkan anak manjadi hiperaktif - atau mengalami " sugar seizures " atau sawan gula.

Paras gula yang tinggi atau( HYPERGLYCAEMIA) akan menyebabkan pembakaran glukos yang berlebihan didalam otot-otot. Pembakaran tenaga ini akan menghasilkan gerak geri otot, yang menyebabkan anak-anak bergerak tanpa kawalan yang dikatakan ' hiperaktif'. Dengan tenaga yang berlebihan anak-anak akan mula berlari-lari, melompat dengan buas dan menjerit-jerit tanpa terkawal.

Pembakaran glukos pula menghabiskan vitamin B1, B2, B3, kalsium, magnesium  dan oksigen kerana sebahgian besarnya telah digunakan untuk aktiviti gerak-geri otot seperti diatas. Kekurangan Vitamin-vitamin dan zat-zat seperti disebut tadi akan mengurangkan baki bekalan glukosa untuk kegunaan otak pula.

Keadaan ini akan mempengaruhi emosi anak dan anak mudah resah, gelisah dan cemas kerana otaknya tidak mendapat cukup bekalan glukos, oksigen, vitamin dan zat-zat galian. Anak-anak akanmenjerit atau menangis kerana kekurangan bekalan bahan-bahan tersebut, menimbulkan pula keadaan yang diberi nama 'HYPOGLYCAEMIA'

Begitulah keadaannya, bila gula banyak dia buas, bila gula kurang dia menangis. Inilah yang dinamakan ' Sugar seizures' atau sawan gula yang selalu kita lihat pada anak-anak kecil sekarang.

Oleh kerana otak anak kecil sedang membangun sekiranya keadaan ini dibiarkan tindakan melompat, menjerit, agresif, senang merajuk, sering marah dan lain-lain akan menjadi ingatan yang kekal dan inilah yang akan membentuk perangai anak itu dimasa hadapan

Oleh itu kurangkanlah pemberian gula pasir dan makanan-makanan manis yang diperbuat daripada gula pasir kepada kanak-kanak untuk mengelakkan fenomena ini terjadi.

SUMBER : Institut Pembangunan Keluarga Dan Kanak-kanak Nuri.


Monday, September 28, 2009

Yang Pahit Itu Adalah Manis

Alhamdulillah, Syukur kepada Allah SWT kerana telah
memberikan taufik dan hidayahnya kepada wanita-wanita
muslimah masa kini untuk hidup secara Islam yang sebenar.

Menutup aurat, taat kepada suami, tidak meninggalkan
yang wajib dan menjauhkan yang haram dan banyak lagi
perkara-perkara yang digaris pandukan oleh Islam dapat
diikuti oleh wanita muslimah sejati.Malah ada juga yang
berjinak-jinak untuk menjadi pendakwah dengan menasihati
antara satu sama lain. Subhanallah...Maha Suci Allah Yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Cuma ada satu hukum yang datangnya terus dari Allah dan
telah digariskan didalam Al Quran yang wanita kita sering
terlepas pandang, malah ada yang menafikan terus hukum
tersebut.

Apakah hukum tersebut wahai Muslimah sejati yang di rahmati
Allah. Ikhlaskah kita berkasih sayang dengan Allah apabila
salah satu hukum yang datangnya terus dari Allah itu, dan
di maktubkan didalam Al Quran kita nafikan sekeras-kerasnya.
Malah kerana hukum yang satu itu juga kita sanggup mengolah
dosa demi dosa tanpa merenung kembali bahawa selama ini kita
telah berusaha untuk membentuk sahsiah dan kehidupan kita
berlandaskan keislaman yang sejati??

Cuma kita yang bergelar Wanita Muslimah sahaja yang akan
berhak mendapat kemanisan dari kepahitan hukum Allah ini
sekiranya kita menerimanya dengan rasa yang paling ikhlas.

Apabila hukum POLIGAMI itu termaktub dalam Al Quran ia
adalah
sesuatu yang datangnya terus dari Allah, kita tidak boleh
lagi mempertikannya sebab ia berkaitan soal AKIDAH.

RENUNG-RENUNGKANLAH WAHAI MUSLIMAH SEJATI.

Saturday, September 26, 2009

Lemang basi Seredak rendang


Inilah caranya mak saya dulu berjimat. Setelah tiga hari lemang akan
dipindahkan dari buluh ke dalam kukus untuk mengekalkan kesegarannya.
Setelah dipanaskan didalam kukus lemang akan menjadi segar seperti baru
dimasak, waktu itu tiap-tiap pagi saya akan bersarapan pagi dengan
lemang dan serdak rendang. Apabila lemang telah tinggal sedikit dia
akan dipindahkan pula kedalam kuali. Lemang di masak seperti lempeng.
digoreng garing. Inilah part yang paling saya suka bila makan lemang.
Lihatlah hasilnya didalam gambar diatas.Inilah lemang basi dan serdak
rendang yang saya jadikan sarapan pagi tadi.
(dianggarkan lemang boleh disimpan didalam buluh selama tiga hingga
empat hari tampa rosak atau basi bergantung kepada kepakaran orang
yang memasaknya.)

Thursday, September 24, 2009

Jangan Buat Begini

Al Kisahnya pada raya ketiga kami anak beranak sepakat nak
balik kampung. Walau pun tak ada
mak ayah yang nak diziarah
lagi dikampung tapi
setidak-tidaknya dapat juga menziarahi
pusaranya
dan mensedekahkan Al Fatihah disamping menziarahi
beberapa orang saudara terdekat.

Sampai dikampung kami terus kepusara orang tuaku dan
mensedekahkan Al Fatihah. Destinasi yang kedua
adalah kerumah
saudara ku yang tak berapa dekat dan
tak berapa jauh. Tapi aku
rasa dialah saudaraku yang
terdekat kerana semasa aku dikampung
kami berjiran.


Sampai dihalaman rumahnya aku perhatikan pintu dan tingkap
hadapannya bertutup rapat, sunyi sepi, cuma pintu
belakang yang
teruskedapurnya sahaja yang terbuka.
Biasanya kalau hari-hari
raya sepertiini rumah ini riuh
rendah dengan anak cucu saudara
ku itu yang balikberaya
dikampung.

Oh rupanya raya tahun ni saudara ku ini yang ku panggil akak
berayasendirian dikampung, tanpa anak-anak saudara dan
cucu-cucubersama. Puncanya mereka tu semua merajuk hati
kerana akak ninak balik berpuasa dikampung setelah tujuh
bulan tinggal denganadiknya dibandar kerana patah kaki
terjatuh sewaktu dikampung.

Itu aja puncanya sampai mereka merajuk hati dan berpatah arang
dengan saudara tua mereka ini. Aku lihat kesedihan menyelubungi
wajah saudara ku ini.

Moral dan Pengajarannya:-
1. Jangan lakukan seperti ini kepada ibu bapa kita atau saudara kita
yang telah tua, kerana mereka juga ada hati dan perasaan, lebih-
lebih lagi yang biasa tinggal dikampung, pasti mereka akan merindui
kampung halaman mereka. Apa salahnya hantarkan mereka dan
jemput semula setelah mereka bersedia untuk kembali semula.
Tak perlulah sampai berpatah arang.

2. Kerenah orang tua memang sukar ditangani, cuma kebijaksanaan
dan kesabaran yang mampu menanganinya. Cuba bayangkan kita
berada ditempat mereka, munkin kerenah kita nanti apabila telah
tua lebih buruk dari mereka, mampukah anak-anak kita menangani
nya. Sekurang-kurangnya kalau kita menanganinya dengan baik
akan menjadi pengajaran pula kepada anak-anak kita nanti dalam
menangani kerenah kita pula.

Tuesday, September 15, 2009

Sekadar hiasan


Cantik bunga nih, tapi tak tumbuh di Malaysia, kalau ada diantara sapa-sapa pembaca blog
ini yang terjumpa bunga ini di mana-mana sila bagi tau yee. Menurut kata Penyelidik dari
negara China, tumbuhan ini yang mana nama saintifiknya Ferula Assa-Foetida atau nama
glamernya Dung of the Devil, boleh mengubati penyakit Swine Flu, atau Selsema babi atau
H1N1. Semuga ianya menjadi kenyataan, semuga wabak yang meragut nyawa ramai rakyat
Malaysia ini dapat di hapuskan. Tapi bilakah ianya akan menjadi kenyataan, sama-sama
kita nantikan yee..

Thursday, September 10, 2009

PANDUAN SOLAT QASAR DAN JAMA'



Bagi anda yang akan melakukan perjalanan jauh, balik kampung untuk berhari raya disini diperturunkan panduan untuk melakukan solat jama' dan qasar. Selamat balik kampung,

Selamat Berhari Raya

Hati-hati ketika memandu. Wassalam.

Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:

1.0 Solat Qasar

1.1 Takrifan

Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

1.2 Hukum Qasar

Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;

“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

ii. Al-Sunnah yang bermaksud;

‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

1.3 Jarak Dibenarkan Qasar

Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

1.4 Syarat Solat Qasar

i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.

ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

1.5 Contoh Niat

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala).

Solat Jama'2.0

2.1 Takrifan

Solat Jama’ terbahagi kepada :

i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

2.2 Syarat Solat Jama’

2.2.1.Solat Jama’ Taqdim

i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir

i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

2.3 Contoh Niat

2.3.1 Jama’ Taqdim

i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2.3.2 Jama’ Ta’khir

i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

Sumber - Jakim-eSolat

Tuesday, September 8, 2009

14 Perkara Yang Lelaki Suka Ada Pada Wanita

1. Beragama
2. Pengasih dan penyayang.
3. Pandai mengambil hati.
4. Tetap pendirian.
5. Pandai bergaya tapi tidak keterlaluan.
6. Pandai memasak.
7. Berdikari.
8. Pandai memujuk.
9.Merendah diri.
10. Sering menjadi pendengar yang setia.
11. Peramah tapi lemah lembut.
12. Tidak mengongkong.
13. Tidak berleter.
14. Tidak menunjuk pandai.

Saturday, September 5, 2009

Puding Kopi Untuk Berbuka


BAHAN-BAHAN:

1 peket agar-agar serbuk

2 cawan santan

4 sudu besar susu pekat

2 cawan air

1/2 cawan gula

2 sudu besar tepung kastard/jagung

1 sudu besar serbuk kopi

1/2 cawan air panas


CARA MENYEDIAKAN:

1. Masakkan dua cawan air, serbuk agar-agar, gula,

susu pekat dan santan hingga mendidih.

2. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air. Masukkan

dalam adunan dan kacau rata sehingga adunan mendidih lagi.

3. Cedokkan setengah cawan adunan dan campurkan dengan

air kopi. Kacau sebati. Kalau anda menggunakan pes kopi

gunakan satu sudu kecil pes dan digaulkan dengan secawan

adunan tadi. Gaul sebati.

4. Adunan selebihnya dituangkan dalam loyang.

5. Tuangkan adunan bancuhan kopi di atasnya.

Tapi lakukan dengan perlahan-lahan.


TIPS. Bancuh kopi dengan air panas dan tapis. Lebih senang

gunakan pes kopi saja. Bezanya tepung jagung warnanya

putih. Adunan yang dibancuh juga putih. Tapi tepung


kastard tepungnya warna kuning. Sebelum mencampurkan

tepung kastard atau jagung ke dalam adunan agar-agar ia

hendaklah dibancuh dengan sedikit air.



PANDUAN MEMAKAI TOPENG MUKA


1. Basuh tangan sebelum memakai dan selepas menanggalkan topeng muka.
2. Tetulang besi ialah bahagian atas
3. Arah lipatan mengarah ke bawah ialah bahagian luar
4. Letak getah topeng muka dengan kemas di belakang telinga (jika jenis
tali ikat dengan kemas belakang kepala)
5. Topeng muka mesti menutupi hidung, mulut dan dagu
6. Tetulang besi hendaklah tekan mengikut bentuk hidung dan muka
7. Jangan sentuh permukaan topeng muka untuk mengelakkan pencemaran
8. Apabila menanggalkan topeng muka, elakkan menyentuh bahagian luar
kerana bahagian ini kemungkinan mengandungi kuman
9. Buang topeng muka yang telah digunakan dengan melipat ke dalam bahagian
luar atau bungkus dalam beg plastik sebelum buang dalam tong sampah.

10. Ganti topeng muka jika ianya rosak, basah atau berhabuk

Untuk Doa Keselamatan dari Wabak Penyakit sila ke pautan Blog
bekas
Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus

KEPADA IBU BAPA DAN PENJAGA BEKALKAN KEPADA ANAK-ANAK SABUN
BASUH TANGAN SEKIRANYA
SEKOLAH TIDAK MENYEDIAKAN SABUN UNTUK
MEMBASUH TANGAN

Friday, September 4, 2009

Cerita Pendek dan Pengajarannya

Seorang ayah dan anaknya sedang berjalan diatas
sebuah jambatan yang merintasi sungai yang besar.
Dalam ketakutan anaknya akan jatuh, si ayah berkata
kepada sianak, " Sayang, pegang tangan ayah kuat-kuat,
ayah takut kamu terjatuh kedalam sungai itu nanti."
Jawab si anak, "Tidak ayah, ayah pegang tangan saya
kuat-kuat, nanti saya terjatuh."
Si Ayah berasa hairan lalu bertanya, "Apakah bezanya
kamu pegang tangan ayah dengan ayah pegang tangan
kamu?"
"Jauh bezanya ayah," jawab si anak "Kalau saya pegang
tangan ayah, apa-apa terjadi kepada saya, saya pasti
akan melepaskan tangan ayah tapi kalau ayah pegang
tangan saya, apa pun terjadi kepada saya, ayah pasti
tidak akan melepaskan tangan saya kan ayah??"

Pengajarannya:-
Dalam perhubungan, tak kira antara suami dan isteri,
kawan atau kekasih, ibu bapa dan anak, kepercayaan
adalah yang paling berharga. Oleh itu peganglah tangan
atau jagalah hati orang yang mengasihi kita itu, jangan
lah mengharapkan mereka sahaja yang mengasihi kita.

Tuesday, September 1, 2009

10 Cara Hargai Pemberian Suami

Setiap pemberian dari suami haruslah di hargai.
Walau sekecil mana sekali pun pemberian tersebut
mestilah dihargai. Itulah diantara tanda kita saling
menyayangi.

Ada 10 cara terbaik bagaimana kita boleh menunjukkan
kita menghargai pemberian dari suami kita :-

1. Dengan senyuman ucaplah terima kasih.

2. Cium pemberian tersebut sebagai peghargaan.

3. Beri pujian setiap kali anda menerima hadiah dari
suami, sama ada untuk hadiahnya atau dirinya.

4. Tunjukkan kegembiraan sewaktu menerima
pemberian tersebut dengan terus membuka
hadiah tersebut dihadapannya.

5. Jika hadiah tidak seberapa dan hati anda tidak
begitu gembira menerimanya, jangan dizahirkan,
terimalah dengan rasa syukur, munkin itu saja
yang termampu oleh suami anda pada masa itu.

6. Jika hadiah berbentuk pakaian cubalah memakainya,
dan selalulah memakainya terutama ketika dia
bersama anda.

7. Jika hadiah itu berupa perhiasan letakkanlah
ditempat yang sentiasa dapat dilihat dan
selamat, jauh dari gangguan anak-anak sebagai
tanda menghargai nilainya.

8. Jika hadiah berbentuk makanan, segeralah
menghidangkannya dan makanlah bersama.

9. Balas pemberian suami seadanya setiap kali
dia memberi. Membalas pemberian suami tidak
semestinya dengan barangan boleh juga sekadar
bersedia menjadi teman yang sentiasa membuat
hatinya gembira.

10. Sentiasalah rasa cukup dengan setiap pemberiannya.
Janganlah meminta-minta sesuatu yang tidak perlu
lebih-lebih lagi sesuatu yang dia tidak mampu adakan.

Semuga kita menjadi isteri yang disayangi dan dihargai
oleh suami dan di redai oleh Allah SWT.

Thursday, August 27, 2009

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics
Friendship is a blessing
it's the best you have to share,
The talents and the wisdom,
the capacity to care....
It's being there to lend support,
whatever needs arise,
It's making sure that others know
they're special in your eyes...
Friendship is a blessing,
and, to all who have a friend,
It's one of the most precious gifts,
that life could ever send.
myspace layouts, myspace codes, glitter graphics

Erti Sebenar Puasa

Puasa bukan sekadar menahan diri dari makan dan minum,
Puasa buka sekadar menahan diri dari melakukan apa yang
boleh membatalkan puasa itu sendiri, Puasa bukan sekadar
kerana bulan itu bulan Ramadhan dan semua orang berpuasa
maka kita pun perlu berpuasa.

Puasa dalam erti kata yang sebenarnya adalah ibadah. Puasa
sama seperti ibadah-ibadah yang lain perlu di lakukan
dengan sesempurna munkin, supaya kelak ia akan diterima
disisi Allah SWT dengan diberikan ganjaran pahala yang berganda.

Oleh kerana itu manjaga adab dalam berpuasa amatlah penting
supaya puasa kita tidak berakhir dengan kelaparan dan kedahagaan.

Diantara adab-adab yang perlu di jaga ialah :-
a. Bersahur lewat tapi jangan sampai masuk waktu subuh
b. Jangan terlalu banyak tidur tengahari,
c. Jangan memandang perkara yang haram,
d. Jangan berkata perkara yang tidak baik, atau menyinggung
perasaan orang lain.
e. Jangan membuka aurat.
f. Jangan melewatkan waktu berbuka, atau makan terlalu banyak
sewaktu berbuka.

Jika anda ada yang ingin ditokok tambah. Silakan

Sunday, August 23, 2009

Demam

Pengenalan

Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai penyakit-penyakit yang ringan (tidak serius). Suhu badan normal adalah 37°C, jika melebihi tahap ini anda akan disahkan demam.

Penyebab Demam

  • Ia biasanya berkaitan dengan jangkitan virus seperti selsema, sakit tekak, sakit telinga, cirit birit, denggi, H1N1 dan HIV
  • Jangkitan bakteria seperti radang appendiks, jangkitan pada paru-paru (pneumonia), batuk kering (TB) dan jangkitan pada selaput otak (meningitis)
  • Demam malaria
  • Penyakit sendi
  • Ubat seperti antibiotik dan sebagainya
  • Barah

Rawatan

Rawatan dirumah :

  • Jika demam itu tidak teruk tiada rawatan yang diperlukan
  • Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam badan.
  • Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup
  • Cuba mandi dengan menggunakan air panas suam untuk meredakan demam.
  • Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan.
  • Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam
  • Bila Perlu Berjumpa Doktor?
  • Jika anda mempunyai gejala yang serius :

    • Jika suhu badan melebihi >39°C rawatan di rumah tidak akan membantu.
    • Baru pulang dari perjalanan luar Negara.
    • Mendapat gejala lain seperti ruam, pendarahan, sawan, mengantuk, sesak nafas, sakit-sakit sendi, atau bengkak-bengkak badan
    • Sakit perut, mata atau tulang pipi.
    • Mempunyai lain-lain penyakit seperti kencing manis dan barah.
    • Tidak dapat mengambil makanan dan bendalir yang cukup.
    • Sering buang air kecil dan mengalami kesakitan atau dengan kadar yang sedikit.
    • Tidak ada perubahan selepas 4 ke 5 hari.
    • Demam masih berlarutan walaupun dengan rawatan di rumah.
    • Demam berkaitan dengan kecederaan


    Pencegahan

    • Elakkan dari mendekati seseorang yang sedang demam
    • Mengamalkan kebersihan .
    • Ambil diet yang seimbang dan sihat.

    Soalan Lazim

    Bagaimana Mengukur Suhu Badan?

    • Untuk memastikan adakan anda demam, gunakan jangkasuhu klinik, yang sesuai dari farmasi untuk mengukur suhu badan.
    • Basuh jangkasuhu badan (termometer) dengan sabun, terutamanya kawasan bulat yang dimasukkan ke dalam mulut.
      • Goncangkan termometer untuk memastikan tahap merkuri bawah dari 35°C.
      • Letakkan termometer di bawah lidah atau lengan.
      • Alihkan termometer selepas 4 minit di bawah lidah dan 5 minit di bawah lengan. (jika suhu diambil di bawah lengan, tambahkan 0.5°C untuk suhu badan luaran yang rendah).
      • Ambil bacaan setelah tahap merkuri berhenti.

      Bolehkah Kita Menjangka Suhu Badan Berdasarkan Jangka Suhu Telinga Atau Perubahan Warna Kulit?

      • Jangka suhu telinga sering digunakan tetapi kurang tepat.
      • Strip jangka berwarna tidak tepat dan tidak digalakkan penggunaannya.

      Sekiranya anda tidak pasti, sila berjumpa doktor.